Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden Bahagian 3

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden bab 3

Urus stress dengan bijak
Surirumah juga seperti manusia biasa bukannya robot yang perlu bekerja 24jam, tidak perlu rehat dan tidur. Pastikan anda mendapat rehat dan pemakanan yang cukup, supaya anda tetap sihat dan kuat dalam menghadapi karenah kanak-kanak riang. 



a) Baca buku motivasi.
Bayangkan anda menonton cerita seram, bagaimana perasaan anda takut yang membuak-buak. Bagainmana pula perasaan anda ketika menonton cerita sedih, pasti anda sedih teresak-esak. Jadi bagaimana pula jika anda selalu membaca buku-buku motivasi, psikologi kanak-kanak, anda mudah memahami jiwa anak-anak dan sentiasa bermotivasi. Jadi pilihlah bahan bacaan anda, namun tidak salah menonton drama sekali-sekala. 


b) Blogging
Kehidupan di rumah agak membosankan terutama apabila keseorangan dan kusut memikirkan masalah yang timbul. Jadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan dengan cara positif, anda masih menceritakan masalah pada masa sama berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah. Blogging umpama catatan harian, perkongsian pengalaman dalam mendidik anak-anak, mengatasi cabaran hidup. Apabila kita selalu menghadapi pelbagai permasalahan dalam rumahtangga ini menjadkan kita semakin matang menghadapi cabaran hidup.  Apa yang kita alami tak mungkin dialami oleh orang lain namun mampu memberi idea kepada pembaca kelak. Pada masa sama kita mampu menjadikan blog sebagai sumber pendapatan apabila pembaca setia menjadi pelanggan tetap. 

c) Masalah merupakan peluang.
Jadikan masalah sebagai peluang untuk merubah nasib anda. Jadikan masalah tekanan positif dalam hidup anda. Misalnya, anda tidak mampu membelikan mainan untuk anak anda. Anda boleh belajar membuat permainan sendiri samada melalui kemahiran mengait atau menjahit. Kini anda boleh belajar pelbagai perkara di internet. Saya hanya belajar mengait hanya melalui internet yang mempunyai pelbagai sumber paten yang percuma. Malahan, sumbernya dari serata pelosok dunia, Jepun, British, Rusia dan lain-lain. Pada masa sama, anda boleh menjana wang dari hasil produk tersebut. 
http://www.pinterest.com/debozark/crochet-toys/

d) Pandai Curi Masa Berehat
Apabila terlalu penat berehatla, jangan difikirkan sangat kanak-kanak ribena yang suka menyepahkan rumah. Biar sahaja mereka bermain sepuas-puasnya, ambil langkah mudah bermain bersama mereka akan turut melegakan tekanan anda. Bermain sorok-sorok ,berkejaran, main masak-masak, bermain dengan mereka sehingga mereka keletihan bermain. Kanak-kanak mudah penat, mudah lapar, jadi sesudah penat bermain dan kekenyangan mereka akan tidur dengan nyenyak. Anda juga dapat berehat dengan tenang dan selesa. Tak guna menekan diri menjadi terlalu sempurna, semuanya perlu pantas, semuanya perlu kemas dan semuanya perlu tersusun yang penting biarkan anak-anak cukup makan, rehat dan minum. Pentingkan apa yang penting dahulu barulah utamakan yang lain. 

e) Bersama orang yang sealiran
Jika anda berminat denagn blogging anda boleh mengikuti Kelas Online Blogging kami,. Jika anda berminat mengait anda boleh mengikuti kumpulan geng suka mengait di facebook. Hasilnya kita akan semakin teransang melihat mereka sering bersemangat dalam minat mereka. Malahan, kita boleh menghilangkan kesunyian ketika berada di rumah sambil bertukar-tukar pendapat. Bak kata pepatah, Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat pada kita. Kalau kita berkawan dengan penjual arang. Kehitaman arang akan melekat pada badan kita.  

f) mengadu pada Allah selepas penat berusaha.

Setabah mana pun kita sesudah berusaha kita tetap insan yang lemah apabila usaha masih belum membuahkan hasil. Setelah penat berusaha dan berusaha serahkan sahaja pada Allah s.w.t. Pohonlah kekuatan, kerana perempuan jika tidak bergantung harap pada Allah s.w.t. umpama boneka permainan di dunia. Mohonlah kekuatan dan mengadulah pada Allah, kerana Allah sahaja yang memahami hambaNya dan mendengar rintihan dan doa hambaNya. Waktu terbaik untuk berdoa dan bermunajat disebelah malam atau dinihari. Pada waktu yang tenang begini, Allah sangat hampir dengan hambaNya, merintihlah dan mengadu padaNya. Lakukan Solat tahajud dan solat sunat hajat untuk mengadu segala keresahan dan mohon ditunjukkan jalan untuk melakukan sesuatu dengan betul.  Sekurang-kurangnya kita akan merasa tenang walaupun masalah datang melanda.

Kita hanya manusia biasa yang takkan terlepas daripada cabaran yang mendatang . Jadikan cabaran itu sebagai peluang anda untuk merubah diri menjadi lebih baik daripada semalam. Bak kata Andrew Matthews dalam bukunya Ikut Hati Anda,  Hidup ini memerlukan bencana, kerana kita lebih mudah berubah atau belajar apabila ditimpa bencana. 

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

Rujukan : 

  1. ebook Super WAHM, Super Mom, Asas Blog Penulisan, karya Masayu Ahmad 
  2. Ikut hati Anda, karya Andrew Mathews
  3. Rumahku, Ofisku karya Mazneera Zainal





Ulasan

Catat Ulasan