Patern kopiah kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com



Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Penghujung bulan 4 semakin hampir, ada tak yang berminat nak mengait kopiah untuk orang tersayang, terutama anak-anak dan suami untuk dipakai waktu raya? Ramadhan semakin hampir. Hari ini nak kongsikan pelbagai tutorial kait untuk kopiah. Seronok kalau apa yang kita kait ini dipakai oleh orang tersayang.

Memang awal-awal nampak tak kemas, tapi WAJIB teruskan usaha sampai kopiah yang dikait nampak kemas dan cantik. Bangga kalau kita mampu buat untuk orang tersayang. Rahsia kejayaan adalah teruskan usaha sampai kita biasa dengan apa yang kita usahakan disamping mencari ilmu dalam buku, tanya orang yang pandai, Insyaaallah berjaya. Masa saya mula-mula buat kait memang banyak kali leraikan benang, kemudian kait semula sampailah menjadi. Kesannya, saya akan mudah ingat paten kait itu dan hasil kaitan saya makin kemas. Cubalah ya.

1. Paten yang mudah, tutorial lengkap dengan gambar, memudahkan pembaca memahami setiap langkah. Anda boleh variasikan dengan pelbagai warna dan dua jenis reka bentuk. Paten daripada fruitfulfusion



2. Paten kedua daripada Syeda's Hobbies. Saiz kopiah boleh diubahsuai selaras dengan saiz jarum kait,. Lagi besar saiz jarum, lagi besar saiz kopiah.  

3. Paten ketiga daripada Crochet Is Fun, comel sangat koipah ini. Paten ini agak sukar bagi saya sebabnya hampir setahun nak faham, sekarang baru faham. Tetapi mungkin anda sudah pakar dalam kait mengait, anda boleh cuba paten ini. Blog ini juga ada tutorial cara mengait nama di kopiah kait. 

4. Paten ini berbayar, saya dah cuba dan berbeza sedikit daripada paten no 3. Tutorial mudah difahami kerana ada gambar menerangkan langkah demi langkah.  Boleh dapatkan di Lina Nuar Butik

Selamat mencuba, buatan hasil tangan kita adalah tanda kasih sayang kita pada orang tersayang. Bila kita mengait perasaan kita akan mempengaruhi hasil kaitan itu, kalau tertekan kita akan hasilkan hasil kait yang tak cantik. kalau tak yakin hasil kaitan kita akan jadi senget benget. Jadi kaitlah dengan kasih sayang dan keyakinan. Selamat mencuba. 

Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

rujukan: http://homemakers-puteri.blogspot.com/2012/08/kopiah-dan-siput.html




Ulasan

  1. Kalau pattern no. 1, agaknya berapa lama masa yg diambil utk siap bagi orang yang tak pernah mengait?

    BalasPadam
  2. cara kait kopiah kanak2 cara paling mudah.

    BalasPadam

Catat Ulasan