Sabtu, 31 Januari 2015

Projek semalam

Teks: Dalila Yusof
Biosmillahirahmanirahim..


Semalam bertungkus lumus menyiapkan kopiah, tapi...bos kata tak cantik. Maknanya, kena buat lain ler gamaknya. uhuk-uhk..bukan senang nak kait. Terpaksa buat baru la pulak.

Label:

Selasa, 27 Januari 2015

Tapestry Crochet- Teknik menggait menggunakan 2 atau lebih warna serentak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Apa itu tapestry crochet?

Jika anda tahu kaitan asas dalam mengait, jadi anda tahu bagaimana melakukan tapestry crochet. Betul! Tak sesukar mana pun. Hanya perlu tahu teknik penukarannya sahaja. Sewaktu mula-mula nak mengait kopiah, 2 warna tercari-cari di internet teknik menukar warna. Rupanya teknik ini dinamakan sebagai "tapestry crochet" dipopularkan oleh Carol Ventura, pemilik blog tapestrycrochet.com. Ada pelbagai tutorial dan hasil kerja beliau yang semuanya adalah hasil daripada menggunakan teknik tersebut. Teknik ini boleh diguna pakai bukan sahaja kopiah malahan beg dan pelbagai kaitan.

Tapestry crochet ini merupakan teknik mencampurkan 2 atau lebih warna untuk menghasilkan sesuatu corak yang menarik seperti bunga, segitiga, kartun dan sebagainya. Benang berlainan warna tersebut tidak digunting malahan diselit dalam setiap kaitan sehinggalah proses penukaran warna dilakukan barulah digunakan. 

Contohnya daripada 





http://www.annettepetavy.com/


  • hasil kait saya sendiri, membuat kopiah untuk suami. 




Tapestry stitch ini sebenarnya digunakan secara meluas di serata dunia hanya mungkin istilah dan cara penggunaannya berbeza-beza sahaja. Berdasarkan pengalaman Carol Ventura, pemilik blog tapestrycrochet.com, beliau menemui ramai pengemar crochet menggunakan teknik ini di serata dunia. 

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Misalnya, di Bosnia, Palestin, Turki, Jerman dan Portugal.

Antara hasil seninya ialah: 

Barbro Heikinmatti ‘s experimental purses.


Palestinian tapestry crocheter and kippah
This Muslim man from Krofofrom told me that his hat was crocheted in Bogo, Ghana.
Miser bag in the Albrechtsburg Castle Gatehouse Museum in Meissen.


These 6″ high Turkish pouches were tapestry crocheted into the back loop with half double crochet stitches.
Baca selanjut dalam artikle ini www.tapestrycrochet.commengenai penggunaan teknik ini di gunakan secara meluas di merata dunia.


Kalau kita lihat tapestry crochet ini mempunyai identiti sendiri walaupun tekniknya adalah hampir sama, ada yang menggunakan single crochet, half double crochet, back loop dan juga manik. Tapi yang pasti teknik tersebut menghasilkan pelbagai corak-corak yang unik dan menarik. Akan datang saya kongsikan tutorial bagaimana saya menggunakan teknik ini untuk mengait kopiah. 



Rujukan 
http://www.tapestrycrochet.com/
Iklan:

Bagi yang mahu menyertai kelas online ABDR pendaftaran dibuka sepanjang hari.


Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular buat surirumah dan suri bekerja;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes



Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com




Label:

Rabu, 14 Januari 2015

Botol susu kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat pagi, apabila kita jaga anak sendiri, kita akan perasan anak suka meniru apa yang kita lakukan. Hari itu, kerana dek terlalu kesiankan anak-anak bagi botol susu sendiri pada anak patung, konon-konon bagi susu kat patung lah tu. Ibu pun ambillah inisiatif cari paten kait botol susu. Jangan tak percaya ada tau, jadi ibu pun kait, Tak pelah sipi-sipi pun jadilah. Ha...ha..Jangan gelak tau. Mungkin benang yang digunakan tak berapa sesuai untuk amigurumi, saya pakai benang nona, benang ni agak lembik sedikit untuk buat amigurumi.

Tak pelah nanti kita buat teknik tapestry stitch untuk mengeraskan benang.

Ini paten yang saya ambil, saya tempek kat blog kasi ingat. he2




Label:

Rabu, 7 Januari 2015

Sapu-sapu sawang pada blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah lama blog bersawang, balik  kampung tak dirancang, gara-gara adik yang baru bekerja ingin belanja satu keluarga makan besar. Memang tradisi kami sekeluarga, mahu merasa duit adik beradik yang baru bekerja. Apabila, sudah berkumpul dengan adik beradik seramai 7 orang kecuali kakak yang tak dapat balik. Memangla, kecoh sekampung, ditambah lagi dengan anak-anak  buah yang makin ramai. Kecoh macam ayam nak bertelur riuh sekampung. Huih, tak cukup makanan yang terhidang, licin pinggan. Kalau nak berkumpul ramai-ramai kena rancang daripada awal, masing-masing sudah ada rancangan tersendiri dan kebanyakkan sudah berkeluarga.

Apabila berjauhan di negara orang, lain sungguh cara pemakanan, masakan dan gaya hidup dengan budaya di Melaka. Pasar malam di Selangor, berbeza sedikit terutama rasa laksa, burger dan yong taufu. Memang kalau pulang ke Melaka itu yang dicari dahulu. Sewaktu mengandung, memang mengidam sangat makanan di Melaka.hu...hu..Biasanya kalau burger di Melaka hanya dibubuh bahan asas sahaja, tidaklah dibubuh sos lada hitam. Makanan di Melaka masih boleh dikategorikan murah lagi. Barang juga tak semahal di Selangor, terasa nyaman berada di kampung, udara yang segar dan sejuk, menenangkan pemikiran.


Setakat ini sahaja, akhir sekali saya nak tempek kata-kata motivasi untuk kita semua.

"Penghinaan atau kegagalan bukan satu hukuman tapi satu daya tolakan yang paling kuat untuk kita maju ke hadapan . "

dalila yusof

Label: