Botol susu kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat pagi, apabila kita jaga anak sendiri, kita akan perasan anak suka meniru apa yang kita lakukan. Hari itu, kerana dek terlalu kesiankan anak-anak bagi botol susu sendiri pada anak patung, konon-konon bagi susu kat patung lah tu. Ibu pun ambillah inisiatif cari paten kait botol susu. Jangan tak percaya ada tau, jadi ibu pun kait, Tak pelah sipi-sipi pun jadilah. Ha...ha..Jangan gelak tau. Mungkin benang yang digunakan tak berapa sesuai untuk amigurumi, saya pakai benang nona, benang ni agak lembik sedikit untuk buat amigurumi.

Tak pelah nanti kita buat teknik tapestry stitch untuk mengeraskan benang.

Ini paten yang saya ambil, saya tempek kat blog kasi ingat. he2




Ulasan

  1. Salam perkenalan,

    Teringat dulu2 ms zaman kanak-kanak, kak uda sy rajin buatkan kitorg baju kurung yang dikait pada sambungannya. Tiada jahitan mesin lansung. semua berkait. Cantik tau. Dah jadi trend kami adik beradik bila hari raya baju semua sama warna n sepesen. Bila tengok Puan Dila buat baju anak, terimbau kenangan lama. hehe.

    mrsrahimahomar.blogspot.com

    BalasPadam
  2. he...he..memang saya suka jadi surirumah sebabnya nak macam2 untuk anak..macamana mak saya buat dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan