Sabtu, 28 Mac 2015

Cara letak bunga pada cekak.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini projek raya saya untuk anak-anak. Cekak rambut bunga untuk anak, nampak mudah tapi berpeluh juga nak membuatnya. Salah satu sebab saya belajar mengait nak mengait untuk anak perhiasan yang cantik-cantik dan lawa.

Saya nak kongsikan cara saya tampal bunga kait pada cekak. Moga bermanfaat untuk kita semua.

  • Mula-mula, gunting 2 keping felt dalam bentuk bulat yang kecil, sesuai dengan saiz bunga, jangan terlalu besar dan kecil. Jahitkan bunga pada felt bulat yang pertama. 

  • Kemudian, lekatkan bunga yang telah dijahitkan dengan felt tadi pada cekak.

  • Felt yang berbentuk bulat satu lagi ditampal pada felt pertama tadi untuk menyembunyikan kesan jahitan tadi. Untuk hasil lekatan yang kukuh, biarkan gam kering, kemudian bolehlah dipakai dan digayakan ke mana sahaja.

 Sesuai untuk digayakan tak kira usia, daripada kanak-kanak, remaja sehinggalah mak budak ya.
Tempahan boleh hubungi saya, boleh request nak warna apa, tempahan siap paling lambat seminggu.





Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

Hanya tinggal berapa hari sahaja promosi akan tamat. Harga sebelum bulan april 3 ebook RM 50 sahaja.  Semuanya tentang ibu bekerja dari rumah. Penulis berpengalaman dalam berniaga secara online dan juga surirumah! 



Label: ,

Rabu, 25 Mac 2015

Projek Bunga Ros

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Beberapa hari ini asyik buat bunga ros comel ini, walaupun nampak mudah patennya tapi nak mengait tetap mengambil masa. Apabila nak menghasilkan sesuatu yang seni, memang memerlukan ketenangan dan kesabaran yang tinggi dan jitu. Walaupun modal sikit, tapi ambil masa juga nak hasil kait itu nampak canti dan kemas.



Dapatkan ebook panduan Surirumah juga Boleh berbisnes sebagai panduan suri mulakan bisnes hanya dari rumah. 



Tahun lepas banyak projek raya yang tak siap, banyak sangat masalahnya, mesin jahit rosaklah, macam-macam masalah. Tahun ini mulakan semula, cekak rambut, menjahit baju dan beg raya, saya dah mulakan, ada yang dah siap. Cuma perlu cantikkan lagi sahaja.



Oh ya, bagi surirumah yang mahukan pendapatan sampingan hanya dari rumah boleh mengikuti kelas asas blog secara onffline di Shah Alam, pendaftaran masih di buka, ya...


Ataupun tiada masa, boleh daftar terus kelas online yang fleksible sepanjang masa, boleh rujuk yuran ABDR di sini. 


Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480




Label:

Sabtu, 14 Mac 2015

Tutorial membuat bunga daripada I cord

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, hari ini nak kongsi bagaimana membuat bunga menggunakan icord yang daripada spool knitting daiso. 

1. Mula-mula, kait sehingga panjang yang dikehendaki. Lagi panjang sesuatu i-cord, lagi banyaklah kelopak bunga boleh dibentuk. Pastikan, icord mempunyai benang kait yang panjang untuk menjahit kelopak bunga.

Dapatkan ebook panduan Surirumah juga Boleh berbisnes sebagai panduan suri mulakan bisnes hanya dari rumah. 


2. Bentukkan kelopak seperti dalam gambar, pastikan setiap panjang kelopak adalah sama. Tusukkan jarum melalui setiap kelopak, tarik sekuat-kuatnya supaya kelopak bunga rapat dan kemas. 

3. Supaya bahagian tengah bunga nampak kemas dan cantik, tusukkan jarum jahit setiap kelopak sehinggalah pada kelopak pertama.  Buat berulang kali supaya kelopak bunga terletak ditempatnya. Ulang banyak kali proses ini terutama  bunga yang mempunya kelopak yang panjang. 

ABDR
Bergabung dengan kami jemaah ABDR yang menghampiri angka 2000 tidak lama lagi. 3 kategori kelas popular tahun 2015
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Dapatkan maklumat kelas Yuran ABDR.
Untuk mencantikkan lagi boleh jahit butang atau icord ditengah bunga.


Macam-macam boleh buat dengan bunga ni, brooch, cekak, klip rambut, sesuaikan mengikut kreativiti anda.





Panduan berpantang dan resepi berpantang boleh dapatkan di Resepi 44 hari berpantang.

Rujukan : 
Cards by Paula

Label:

Isnin, 9 Mac 2015

Tutorial Mengait Brim Sunhat.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Makin hari rasa tak terkejar nak menyiapkan urusan kerja. Bagaimana ya, tahun depan Sara sudah tadika. tahun ini benar-benar serius buat homeschooling, bos dah bising...hu..hu..Lagi sibuk nampaknya, ibu perlu susun semula jadual, agar tersusun semua kerja.

Hari ini sibuk menyiapkan sun hat untuk Kina, Anak dara ada tiga orang. Tak boleh buat satu je, mau bergaduh 3 orang ni. Topi suh hat ni saya ubah suai daripada  daripada thedaintydaisyblog,  paten topi shell stitch saya ubah kepada sun hat topi.
Bergabung dengan kami jemaah ABDR yang menghampiri angka 1000 tidak lama lagi. 3 kategori kelas popular tahun 2015
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun sepanjang bulan Mac online dan offline 
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di pakej menarik 2015 abdr

Tutorial mengait Brim Sunhat

1. Selepas sampai tinggi crown yang dikehendaki, kait sc pada setiap kaitan hingga hujung baris, ss pada sc pertama. 

2.  (Baris ini menggunakan front loop sahaja ) Baris 1: Kaitkan 3 chain, kemudian buat 2 dc pada kaitan yang sama, kemudian dc pada 2 kaitan seterusnya. * 2dc, idc pada 2 kaitan yang seterusnya*, Ulang ** hingga hujung baris. 

3. Baris 2:  Kaitkan 3 ch, kemudian buat 2 dc pada kaitan yang sama. Dc pada 3 kaitan yang seterusnya. 
*2 dc pada kaitan seterusnya,  dc pada 3 kaitan seterusnya*. Ulang sehingga hujung baris ss pada dc pertama. 
4. Baris 3: Kaitakan 3 ch, kemudian buat 2 dc pada kaitan yang sama. Dc pada 3 kaitan yang seterusnya.  *2 dc pada kaitan seterusnya,  dc pada 3 kaitan seterusnya*. Ulang ** sehingga hujung baris ss pada dc pertama. 
5. Baris 4: Kait sc reverse sehingga penghujung baris. Apa itu sc reverse?  Esok saya akan upload tutorialnya.  Sc reverse ini akan menhasilkan tepi topi yang cantik dan kemas seperti topi berwarna unggu tersebut. 

Selamat mencuba. 




Bagi Surirumah yang mahukan pendapatan sampingan hanya dari rumah boleh dapatkan tips-tips daripada Surirumah yang berpengalaman, Pn Zaila Mohamad dalam ebooknya Surirumah juga boleh Berbisnes. 


PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)
- Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
- Ebook Super WAHM Supermom
- 101 Idea Home Based Bisnes


SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?
>>> Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
>>>Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
>>>Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
>>>Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
>>>Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online
DAPATKANNYA SEKARANG!


hubungi saya untuk pembelian ya: 
whatsapp: 019-3229480


Label: