Selasa, 29 September 2015

cara cantum bunga kait, langsir

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamulaikum dan selamat sejahtera..hari ini saya mahu kongsikan tutorial cara mencantumkan bunga kait untuk langsir, melalui kaedah cantum sekali lalu (join as you go). Cara ini lebih mudah dan akan menyemarakkan semangat untuk menyudahkan projek dengan cepat. Tapi bagi saya yang mempunyai pelbagai iklan di rumah, memang akan menjadi tersangat lambat d. hu..hu..Janji siap...itu yang penting.

Langsir kali kedua ini, lebih kemas daripada yang pertama. Sebelum ini saya pernah terbaca dalam satu artikel di satu blog tentang kait (lupa urlnya), menyarankan jika mahu pandai dalam bidang kait, teruskan dan siapkan projek kait sehingga selesai. Jadi atau tidak belakang kira, apabila saya ikut apa yang disarankan barulah, makin faham sesuatu paten. Kadang-kadang apabila kita dah penat, buka kait, buka kait kita akan tinggalkan projek tersebut. Yalah, sudah tertekan dan bosan itu  yang menjadi projek tertangguh tu.

Berbalik dengan langsir kait saya yang kedua ini, baru saya betul-betul puas hati dengan kekemasannya. Perlu baca dan berulang kali baru benar-benar faham. Sangat perlu membuat nota selepas kita belajar sesuatu walaupun hanyalah hobi mengait. Barulah mampu faham dengan cepat.

Hari ini saya mahu berkongsi nota dengan pembaca semua bagaimana saya mencantumkan bunga 'Power Vallance' ini. Maaf ya jika gambar terlalu kabur, harap tegur jika tak faham, saya tak pakar cuma mahu berkongsi ilmu yang ciput saaja.

1. Langkah pertama pastikan bunga vallence ini mempunya 12 kelopak sahaja. Jangan terlebih dan jangan terkurang. Saya pernah kongsikan tutorial cara kait bunga power vallence dalam entri sebelum ini, rujuk dahulu sebelum ke langkah ini ya.




2. Cara mencantumkan setiap kelopak  bunga. 




a) Kaitkan 4 dc, kemudian slip stitch pada dc ke 4 pada kelopak bunga sebelumnya. Teruskan mengait 4 dc


b) Ulang sekali lagi untuk cantumkan satu lagi kelopak. 

3.  Ini adalah langsir untuk pintu, jadi saya buat mengikut panjang pintu bilik saya. Perlu ada 6 bunga untuk baris pertama  langsir kait ini. Perlu diingat  setiap kelopak atas perlu ada 4 kelopak di atas yang tidak dicantum.. Lihat saya sudah nomborkan 1, 2, 3, 4  dalam gambar.

4. Setiap satu bunga akan bercantum pada kelopak a dan b, hanya 2 kelopak bunga kiri dan dan sahaja di cantum. Manakala, 4 kelopak di atas dibiarkan tak bercantum, akan dijadikan tempat menyangkut langsir.

5. 4 kelopak di bawah  yang saya tandakan dengan nombor 1, 2, 3, dan 4 akan dicantumkan pada 2 set kelopak bunga yang berlainan. 



6. Baris kedua ini, saya kait 2 keping bunga separuh dan 5 keping bunga penuh. 

7. Baris ketiga, hanya cantumkan 2 keping bunga di kiri kanan langsir. Baris ketiga pula satu bunga separuh dan satu bunga penuh di kiri dan kanan. Manakala, baris terakhir pula hanya satu bunga. 

8. Cantuman bunga ini bergantung kepada keluasan langsir dan kreativiti anda. Tak perlu terlalu mengikut apa yang saya lakukan. Cuma saya hanya mahu memberi idea cara mencantumnya. Masih berbaki 2 langsir untuk pintu dan beberapa alas untuk almari dan meja. Buat perlahan-lahan, semoga cepat siap. Al maklumlah, banyak iklan di rumah. 



Label:

Jumaat, 4 September 2015

Ibu ada tongkat sakti.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini kerana asyik bergaduh Cik Ecah dan Cik Kina, ibu mulakan projek kait topi anna dan elsa semula. Mentang-mentang ibu ada tongkat sakti, order sahaja kerja anak-anak ini. Mulanya baru siapkan satu topi, itu yang jadi rebutannya. Jampi serapah ibu, tak macam Upin Ipin, pendek sahaja, "Pim, Pom".  Jampi ibu punyalah berjela, sebab itulah masa yang diambil tu panjang berjela.




Pening juga, tak tahu nak buat mana satu ini. jadi kita pejam mata kait sahajalah topi dulu. Tapi perasan benang kait nona, kadang-kadang kasar, kadang-kadang lembut. Pening nak tambah atau tolak, antara sebab topi ini tak siap-siap lagi. Nampaknya, saya masih tak pakar bab benang nona ni. Perlu buat banyak kali baru faham. 



Idea asal buat topi ini daripada video ini, tapi bahagian topi, saya pakai design sendiri. Ada masa saya kongsikan ya. Saya ambil idea buat rambut daripada video ini. Sebenarnya, ada kisah sedih dalam perkongsiaan paten ini daripada pemilik video ini. Topi ini dibuat khas untuk Si comel Brylee yang meninggal kerana peyakit. Boleh lihat videonya untuk tahu selanjutnya. 



Iklan: 




Promosi menarik ni, jangan lepaska peluang ini.

Beminat  hubungi saya, Dalila Yusof
tel: 019-3229480
email: dalilayusof86@gmail.com

Fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Label:

Rabu, 2 September 2015

Tutorial kait langsir

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kongsikan cara saya mengait langsir, idea yang menarik ini saya belajar daripada onceuponapinkmoon. Memang bagi surirumah seperti saya yang hanya terperuk di rumah tiada kebebasan, mengadap anak 24 jam, internet merupakan satu medium untuk saya ke dunia luar tanpa perlu meninggalkan anak-anak. Banyak saya belajar daripada internet malahan kelas blog juga saya belajar daripada internet. Kalau tiada internet mahu berasap kepala, memikirkan banyak benda yang saya tak tahu.



Istilah:

Magic circle
Rantai=chain
dc= double crochet
slip stitch

Hari ini saya berkongsi cara mengait bunga 'power valance' yang penuh untuk membentuk langsir ini.
Tips Bisnes tanpa modal 

1. Buat 'magic circle'. Kaitkan 3 rantai ( dianggap sebagai 1 dc), seterusnya kait 11 dc dalam cincin. Cantumkan dengan slipstitch pada rantaian ke 3 pada 3 rantaian pertama tadi.  ( 12 dc)






2. Kaitkan 4 rantai (ch 4 ini dianggap sebagai 1 dc dan ch 1 space) . Kait 3 dc dan 1 rantai pada setiap dc. Slip stitch untuk cantumkan jadi bulatan. ( 12 dc dan 'ch 1 space' di antara dc)


3. Tukarkan warna benang lain, slip stitch pada mana-mana  ch 1 space. Mulakan mengait 3 chain, kemudian kait pula 2 dc pada ch 1 space yang sama.  

4. Kemudian, kait 3 dc  dalam setiap ch 1 space. (36 dc, pastikan ada 3 dc di setiap ch 1 space) 

5. 'Slip stitch' menggunakan benang berwarna lain pada dc pertama tadi. Kaitkan ch 3, kemudian 1 dc pada tempat yang sama. Kaitkan 4 chain, langkau 1 dc dan kaitakan 2dc pada kaitan seterusnya (next stitch).


6. Kaitkan 2dc pada kaitan seterusnya, kait ch 4. * langkau 1 dc, kait 2 dc pada kaitan seterusnya, 2dc pada kaitan seterusnya dan ch 4.* Ulangi langkah ** sehingga 2 kaitan terakhir, langkau 1 kaitan, kait 2dc pada kaitan seterusnya.

7. Hasil akhir. Slip stitch pada ch ke 3 pada ch 3 yang pertama tadi. 



8. *Kaitkan 8 dc pada ch 4 space, langkau 2 dc, ss di antara 2 set 2 dc*.  Ulangi ** sehinnga akhir bulatan. Slip stitch di permulaan slip stitch tadi. Matikan benang dan gunting benang. 




9. Hasil akhir. 


Setakat ini sahaja dahulu ya. Apa sahaja yang kita ambil daripada blog orang lain, kreditkankan pada pemiliknya, supaya ilmu yang kita pakai itu berkat.  Dalam proses mengait topi dan merangka tutorial untuk cara cantumkan langsir pula. Jumpa lagi untuk tutorial akan datang. 

Label: ,