Diy Nursing pillow
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum..dah lama juga tak menaip di blog. Sudah lepas waktu pantang, hari ini mulakan balik kerja-kerja tempahan yang tergendala sebelum bersalin. Saya mulakan dengan projek menjahit bantal menyusukan anak. Saya guna kain baldu yang biasanya kita gunakan untuk jahitkan bengkung. Dan polyfiber memang ada di rumah, banyak lagi tak terguna. Apabila bahan sudah cukup, senang sahaja nak siapkan. Tak sampai setengah hari dah siapkan.
Zaman sekarang ni mudah, kalau tak pandai lukis pola muatturun sahaja daripada internet. Mudah sahaja, perlukan printer dan mesin jahit. Saya memang kurang pandai melakar pola, kebanyakkannya saya muat turun daripada internet. Prinsip saya pertama kali mesti nampak hasil, kemas letak tepi. Memanglah tak jadi kalau fikir nak jadi dan sempurna. Dah jadi dan nampak hasil, baru fikir macamana nak kemaskan hasil kita. Muat turun paten ini di made by Marzipan, tutorial ini sangat lengkap untuk menjahit bantal dan sarung bantal menyusu ini.
Bantal ini bukannya satu keperluan pun tapi hanya untuk memberi keselesaan pada kita sewaktu menyusukan anak. Menyusukan anak ini, membuatkan lenguh tangan dan badan terutama kalau dalam posisi baring dan duduk. Selesa sangat, tangan kita boleh letak di kiri kanan bantal, selalunya kita perlu menampung berat anak kita sewaktu proses menyusu dalam tempoh yang lama. Hampir setengah jam juga nak susukan anak sekenyang-kenyangnya. Sakitnya, bayi bukan makin lama makin ringan, terasa macam angkat berat sahajakan.
Si kakak pun boleh tolong jagakan adik sekejap guna bantal ini. Seronok adik tidur pakai bantal ini. Malu pula nak ambil gambar pakai bantal ini, jadi suruh anak jadi model, he..he...Jadi surirumah ini banyak nak jimat, sebab tu wajib tahu pelbagai kemahiran yang mampu sumbang kepada penjimatan habis-habisan. Lagi satu kena rajin tunjuk hasil pada suami, barulah suami boleh bagi modal banyak untuk hobi kita.
Banyak lagi projek untuk anak-anak saya buat,nanti saya kongsikan. Uih, apabila anak dan makin pandai bercakap, jawabnya pandailah minta macam-macam. Ibu dia sahaja larat atau tak nak buat apa yang anak-anak mintakan.
Label: Menjahit la pulak