Ahad, 25 September 2016

Benang benang

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, rutin harian bagi seorang pengait tegar  selepas melahirkan anak. Selagi tak tutup mata, benang, mengait, blogging, dan jahit. Baru mampu buat kerja sedikit demi sedikit, si kecil dah pandai membuat aktiviti sendiri. Bolehlah ditinggalkan paling lama dalam sejam dua.

Sekarang dalam projek menyiapkan bunga telur kait untuk kenduri adik, sedikit demi sedikit, baru mampu siapkan. Hari ini paksa diri menulis di blog yang bersawang. Apa khabar pembaca semua? harap jangan kecil hati ya, saya dah lama tak "update" blog. Nanti sudah siap bunga telurnya saya letak di blog ya.

Label: