Khamis, 24 November 2016

Bekas pensil, hadiah kawan

Teks: Dalila Yusof

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jujur saya katakan, saya agak kelamkabut bulan ini. Bulan ini macam-macam kena siapkan dengan pantas. Hari ini, saya siapkan bekas pensil untuk anak dara saya, hadiah perpisahan buat kawan-kawan. Tahun depan sudah pindah sekolah. Sudah tak berjumpa lagi.

Hari ini hati anak daraku  cukup riang, ke sekolah muka senyum memanjang. Mana taknya ibu sudah siapkan  bekas pensil yang diminta. Adik-adik cemburu tak terkata, tapi sayangnya tak sempat nak pasang "linning". Harap kawan-kawannya suka.

Ada banyak lagi projek yang saya dah kait, nanti saya kongsikan bersama lagi ya.


Label: