Nilai barang seni.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Sudah lama nak tulis di dalam blog. Sudah dikarang ayat berjela-jela. Tapi tak mengapala, coret juga disini buat pedoman semua.
Hal ini berkaitan dengan kaitan. Mana boleh lupa hari-hari mengait, dan kata-kata nenek tu masih bermain di fikiran.
" Berapa kau jual sepokok bunga ros kait ini? " Nenek tu nampak berminat sangat dengan jambangan bunga kait saya.
" Dalam RM 50 sahaja. " Jawab saya dengan suara yang agak halus. Memang kalau bercakap dengan orang suara ibarat ada emas dalam mulut. Menulis sahaja berjela-jela.
" Hah, kau beli benang baru 2 ringgit, kau caj aku RM 30 . "
" Nek, benang sahaja RM2, yang bekas bunga, yang batang lidi, yang soletape hijau, daun lagi. Saya punya upah, saya tak bagi anak saya makan benang. " Jawab saya membangkang dalam hati jelah. Kang menjawab lebih- lebih bukan nenek tu paham.
Bukan nak mengumpat, tapi perasan juga hasil seni ni orang tak pandang sesuatu yang bernilai tinggi. Bukan senang nak hasilkan sesuatu daripada benang. Sakit tangan, masa yang berjam-jam dicurahkan.
Apabila buat sendiri, memang jimat wang. Tapi sebenarnya kita bayar dengan masa. Masa ni lebih mahal daripada wang. Wang boleh dicari ganti, masa yang pergi takkan kembali.
Label: Catatan Harian