Rabu, 27 Jun 2018

Ibu jahat

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum

Anak-anak, apabila mereka memasuki fasa kedegilan, waktu ini paling mencabar. Kadang-kadang tertinggi suara. Tak mampu mengikuti teori facebook yang tak boleh marah anak langsung ni. Anak-anak, selalu leka menonton tv sampai kerja rumah tak nak buat langsung. 

"Ibu, Kina tak pandai tak pandai basuh mangkuk." sambil menangis air mata meleleh.
"Belajarlah, dulu ibu pun tak pandai juga." sambil buat kening terangkat ala-ala ''The Rock". Bagi gerun sikit. 

Kalau tak paksa sekarang, silap-silap dah dewasa nanti mereka salahkan kita tak ajar mereka waktu kecil. Sedangkan nak menyuruh buat kerja tu sampai anak-anak cakap ibu jahat. 


Label:

Menjahit perlukan ketenangan

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmnirahim..


Kalau nak menjahit perlukan ketenangan supaya hasil jahit pun nampak cantik sahaja. Tapi, dalam mimpi jelah nampaknya. Tengah menjahit anak datang panjat belakang badan.
Pernah sekali, tengah gunting kain. Anak pun sibuk gunting kain. Marah pun dah kebal, siap buat muka comel.
Iklan yang biasa yang selalu diuang siaran tanpa bayaran.
"Ibu, kakak laparlah."
"Nak cucu."
"Aisyah nak kencing."
"Kina nak air milo."
Lagi banyak kerja, lagi cepat anak-anak lapar mungkin tengok ibu buat kerja lagi bertambah kelaparannya.
Kadang-kadang rasa tak nak jahit je. Sekarang tutup mata je kalau jahit senget benget. Nanti cantik la tu. Janji semua kerja siap. Kalau tunggu cantik je. Kain tak berusik le.




Label:

Selasa, 26 Jun 2018

Ragam anak

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


"Ibu, leher baju ni ketatla".
"Aik, baju baru lagi" .
"Aisyah nak baju ala-ala puteri tau".
"Cantik ibu buat, terima kasih ibu".
Tahun ni anak sudah pandai mengkritik, memuji, membodek dan mengorder.
Jadi sebagai tukang jahit yang masih merangkak-rangkak kene banyak berlatih lagi.
"Ibu, beg Aisyah tak siap lagi ke?"
Dah nak habis raya pun tak siap lagi.

No automatic alt text available.

Label: ,