Isnin, 30 Julai 2018

Menulis Zaman sekolah.

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Rasanya zaman waktu kecil di sekolah rendah dulu. Subjek paling digemari adalah penulisan. Suka tulis panjang lebar ada sahaja idea yang mencurah-curah.
Cikgu pula sangat suka bagi galakan dan selalu dapat A ++. Tapi hanya cikgu tu je yang bagi A ++, cikgu lain selalu suka bagi B. Pelik pun ada.

Label:

Ibu kena tipu

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


"Aisyah, nah kismis ubat sakit otak. Aisyah kan cakap ada sakit otak." Aisyah ambil hanya satu, sambil kunyah dia termenung jauh. Jauh benar dimenungnya. Nak cari akallah tu.
"Ambillah lagi, biarlah otak makin baik." aku suakan lagi kismis dalam tanganku.
"Sebenarnya Aisyah tipu je, Aisyah tak sakit otak pun.Ha..ha.., Aisyah tipu je." terbahak-bahak dia gelak.
Aisyah tak payah bagi tau pun, ibu dah tahulah. Setiap hari ibu jaga, 5 tahun Aisyah ibu jaga depan mata. Ibu taulah akal kamu tu. Lepas ni, mesti ada idea baru tak nak pergi tadika lagi. Jadi ibu pun kena makin kreatif menghadapi akalmu nanti.

Label:

Jumaat, 27 Julai 2018

Keluhan pelanggan

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Sukarnya apabila pelanggan depan mata 24 jam, asyik bertanya dan mengomel. 

Keluhan pelangan- pelangan,
"Telekung Aisyah pun tak siap lagi." muka kecewa sunguh Si Aisyah.
"Hai, tak siap lagi beg bekal kakak, beg pensil akak dah rosak." merungut juga si kakak ibu dah siapkan beg bekal orang.
Harus kurangkan berfoya-foya di fb lepas ni. Rempit laju laju lepas ni. Lemah semangat rasanya, apabila semuanya FOC. Tapi seronok melihat senyuman dibibir anak-anak melihat barang yang dipesan sudah ibu siapkan. 

Label:

Sekadar menenangkan hati

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Adakala kita makin tertekan di rumah. Banyak kerja perlu dilakukan dalam sehari. Terlalu banyak sampai mental sudah makin sarat dan mahu pecah.

Melihat timbunan baju yang semakin tinggi. Tak pernah susut walaupun ditarah banyak kali. Aku seraya berdoa
"Ya Allah kau berikan lah aku sekeluarga rezeki tak putus-putus umpama baju dalam rumahku yang tak pernah susut tinggi gunungnya setiap hari."
Hanya itu mampu ku doakan, nak doa makin susut baju dalam bakul tunggu anak besarlah gamaknya.

Label:

Selasa, 24 Julai 2018

Siapa punya

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahamnirahim...



"Wah cantiknya, ini siapa punya?" Sara bertanya sambil mata bulat memandang beg.
"Ini orang punya, nanti ibu buat untuk kakak." Banyak kali janji dicapati, maaf kakak esok kena hantar ni.
"Kakak nak beg macam ni tau, nak corak kuda juga. Kakak nak beg baru, nak pensil box baru. Cikgu tegur pencil box akak dah rosak. Asyik terkeluar pensil."
Sedih dengar, mak dia susah betul nak jahit beg. Beg bekal anak dah macam belacan tak bertukar lagi. Beg bapak budak pun dah hilang. Tak ganti juga, adeh.

Label:

Selasa, 17 Julai 2018

Sale Jappanese Cotton


Jangan lepaskan peluang ini.


Sale masih diteruskan lagi SEHINGGA 31 Julai ini. Sepasang RM 68 termasuk postage. 
Untuk pertanyaan stok kain pasang tekan link dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻
 http://www.wasap.my/60193229480






















Label: ,

Kain Sale Jappanese Cotton


jangan lepaskan peluang ini.


Sale masih diteruskan lagi SEHINGGA 31 Julai ini. Sepasang RM 68 termasuk postage. 
Untuk pertanyaan stok kain pasang tekan link dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻
 http://www.wasap.my/60193229480












Label: ,

Rabu, 11 Julai 2018

fasa anak bab makan





Kalau lihat perkembangan anak-anak, umur bawah 3 tahun, makan pun masih main-main lagi. Memasuki fasa 5 -8 tahun ke atas asyik makan je. Habis licin makanan kat rumah.
Tak lama lagi memasuki fasa yang nak makan setiap masa. Masa ni ibu kena tahan lapar dah. Kalau beli buah oren, dapat makan kulit limau je. Dah tiada istilah berkorban habiskan makanan anak. Waktu tu, kena diet wajib.

Label:

Otak beku duduk rumah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum...

Duduk rumah dikelilingi kanak-kanak riang, bangun pagi si kecil melalak nak perhatian. Tak dapat apa yang diingini melalak. Tak dapat tonton youtube melalak. Sakit kepala dan telinga mendengar tangisan hampir setiap masa. Itu belum kakak-kakak bergaduh dan berdrama.
Otak rasa berat sangat, mula kepala berdenyut-denyut dan mengalami otak tepu dan beku. Nasib baik perpustakaan dekat, boleh pinjam buku. Kadang-kadang, baca buku Rezeki Luar Biasa, kadang-kadang baca buku perpustakaan, kadang baca buku Kera Lupa Password. Ada yang menginsafkan, ada yang terkekek ketawa apabila membaca. Bagai berada di gua sebentar. Rasa otak ringan selepas membaca terapi supaya mak budak tak mengalami kemurungan, Siapa kata surirumah tak perlu membaca?

Label:

Isnin, 9 Julai 2018

Rezeki luar Biasa

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum



Rezeki luar biasa
Waktu kita sedang berusaha nak mencari nafkah buat anak-anak, kita diuji kesusahan yang teramat sangat. Waktu nak mengapai impian setinggi atmosfera bumi, Allah swt uji pelbagai masalah melanda. Tabah tak nak hadapi ujian sebelum berjaya supaya kita kuat menghadapi dugaan selepas berjaya. Kadang-kadang naik gila dibuatnya. Apabila Allah s.wt. berikan kita rezeki yang luar biasa dalam kesusahan yang melanda, syukurnya tak terhingga. Leganya, walaupun imipian masih jauh dimata.
Untuk dapatkan buku ini tekan link dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻

catatan 10/7/ 2018

Label:

Ahad, 8 Julai 2018

Kasih ibu bawa ke syurga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum

Pagi ini di tv alhijrah berdiskusi tentang kasih seorang ibu. Mengalir air mata, mendengar ceramah daripada penceramah Uztaz Hanafi. Apabila kita sudah dewasa dan mepunyai tanggunjawab dan keluarga sendiri. Ada kala kita, lupa betapa pentingnya ibu dalam hidup kita,. Tanpa ibu kita mungkin tidak akan menjadi seperti sekarang.

Salah satu poin yang menarik dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9 pagi tadi.

Apa perlu lakukan apabila kita terasa hati dan marah dengan ibu?

Jika kita rasa terlalu marah dengan ibu, keluarlah dari rumah. Marah macam mana sekalipun senyumlah, kita perlu merendahkan diri dengan ibu walau apapun situasi. Setiap kali bersembang dengan ibu pohon maaf jika terlukakan perasaan ibu.

Dan kita sebagai anak bukanlah insan yang luar biasa mampu membuatkan ibu sentiasa gembira.

Poin kedua  yang menarik  dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9.
Keluhan menjaga keluarga dan ibu bapa mertua.
Seorang wanita mengeluh menjaga ibu bapa mertua dan 4 orang anaknya.
Jawapan uztaz. Sabarlah semoga ada ganjaran menanti di akhirat kelak. Perempuan sebenarnya tenaganya lemah. Apabila penat wanita akan mengeluh kepenatan. Menjaga anak 4 orang memang memenatkan disamping melayani karenah ibu bapa mertua yang kadang-kadang memeningkan. Tugas suami harus pandai memujuk isteri meminta isteri bersabar. Dan bantulah mana yang mampu.

Berikutan dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak dan bayi oleh ibu dan pengasuh, menunjukkan betapa sukarnya menjaga kita sewaktu kecil terutama usia setahun ke bawah. Ibu yang penyabar mengasuh, menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan, waktu awal kita dilahirkan hinggalah dewasa. Sempurna sungguh kita dibelai dan dijaga. Seberapa banyak pun emas setinggi gunung diberikan takkan mampu membalas jasa ibu sehingga kita mampu berkeluarga dan berdikari mencari rezeki. Hargailah ibu selagi dia masih ada. Jika kita terasa hati dengan ibu, pujuklah hati agar jangan membenci ibu kesilapannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jasanya menjaga kita.

Label:

Selasa, 3 Julai 2018

Pinggan tak bersih

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum...




Malam tadi dengan kuasa ibu, anak-anak dikerah membasuh pinggan. Dah banyak kali ajar bab basuh pinggan. Basuh macam tu macam ni. Macam mana nak tahu pinggan tak bersih rupa dia macam mana. Macam mana nak susun pinggan. Penat juga mengajar anak baru bab basuh pinggan.
Pagi ini, periksa keadaan pinggan yang dibasuh malam tadi masih berminyak. Nampaknya yang ibu ajar masih tak difahami secara mendalam. Gigihlah basuh pinggan balik. Paling malas nak ajar anak sebenarnya, sebabnya proses mengajar anak tu memenatkan. Kadang-kadang, perlu buat banyak kali betulkan.
Cuma risau kalau tak ajar sekarang, kesian pula anak-anak tak tahu basuh pinggan sampai "google" internet cara-cara basuh pinggan. Lagi sadis nanti.

Label:

Jahit baju anak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum

"Ibu, leher baju ni ketatla".
"Aik, baju baru lagi" .
"Aisyah nak baju ala-ala puteri tau".
"Cantik ibu buat, terima kasih ibu".
Tahun ni anak sudah pandai mengkritik, memuji, membodek dan mengorder.
Jadi sebagai tukang jahit yang masih merangkak-rangkak kene banyak berlatih lagi.
"Ibu, beg Aisyah tak siap lagi ke?"
Dah nak habis raya pun tak siap lagi.


Label: ,

Masak beras

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Masak beras
Hari ahad yang lepas, dengan penuh keyakinan didada, suruh si kakak masak nasi. Sudah banyak kali ajar, rasanya kakak dah hadam.
"Basuh beras 3 kali, buang airnya jangan buang beras pula. Jangan lupa lap bawah periuk." Banyak kali pesan dari luar tingkap dapur.
Masuk dapur, periksa periuk nasi, butangnya sudah beranjak ke "keep warm".
'Dah masak nasinya.' hati sudah menyanyi riang. Sekali angkat penutup periuk nasi, si kakak ni masak beras rupanya. Adui baru nak lega tadi. Sabar jelah.
"Ibu tak suruh bubuh air tadi." Si kakak tetap mempertahankan dirinya. Pengajarannya, lepas ni kakak kena masak nasi banyak kali sampai la akak pandai masak nasi bukan masak beras.


Label: