Teks:Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Kelahiran buku sulung
Assalamulaikum, hampir mencapai umur 5 bulan dipasaran buku ini. Alhamdullilah, berjaya juga menerbitkan buku bersama 21 orang rakan-rakan penulis yang lain. Buku ini diterbitkan sendiri, membuatkan liku-liku perjalanan untuk menerbitkan sendiri sangat memeritkan. Kami perlu sediakan wang modal sendiri bagi menerbitkannya.
Melalui buku ini, pada mulanya saya hanya menghantar 1 buah karya sahaja bertajuk Rezeki Anak Ramai. Kemudian, digasak oleh Puan Nisa menghantar 1 lagi karya dalam tempoh kurang 24 jam. Katanya, idea yang dijana dalam keadaan terdesak lebih bagus dan mantap. Maka, terlahirlah satu lagi karya Ibu Masuk TV. Saya belasah sahaja kali ini, saya mahukan sesuatu yang mampu mengerakkan penulisan saya maju kehadapan. Bukan setakat di Facebook dan blog sahaja. Alhamdullilah, Puan Nisa memuji cerita saya sangat menarik, dan tertarik untuk membacanya. Puan Nisa pernah menjadi guru blog saya, pujiannya merupakan pencapaian baik buat saya.
|
dirasmikan oleh Ayah Kak Nisa. |
Paling tidak dilupakan apabila majlis penyerahan buku pada 13 Mei 2018 kepada setiap penulis buku Rezeki Luar Biasa. Waktu itu, seronoknya berjumpa hampir semua rakan penulis buku ini. Banyak sungguh makanan yang dibawa. Hari hujan memaksa kami berhimpit di rumah kecil Kak Nisa. Bermula lewat pukul hampir pukul 6 petang hinggalah berakhir hampir pukul 8 malam.
Waktu paling seronok mengutip tandatangan setiap penulis yang hadir buat kenangan. Semoga ada rezeki berjumpa kalian lagi. Buku ini dilancarkan dalam masa yang singkat, Kak Nisa bijak menekan kami untuk bergerak ke depan. Terima kasih Kak Nisa, kalau dia tak bersungguh mungkin masih melanggut di depan Facebook la gamaknya.
|
Penyerahan buku. |
Waktu ini, berdebar rasanya. Tak tertanggung nak lari. Tapi kaki ibarat digam. Senyum depan kamera, ini pengalaman yang takkan mampu diulang berkali-kali. Ya, pengalaman kali pertama memegang buku sendiri. Indahnya dunia, tak sangka sudah bergelar pernulis buku. Bukan nama yang dicari, tapi mahu menyebarkan ilmu yang sedikit buat tatapan pembaca semua. Anak-anak sudah merintih mahu pulang, namun ibu masih terpaku di majlis ini.
Hasilnya, keyakinan saya semakin bertambah, mengalami tekanan di rumah dengan tangisan anak kecil membuatkan saya diselimuti blur setiap hari. Keyakinan makin menjunam ke dasar laut yang mendalam. Adakala lemas dengan anak yang seringkali mengekor sepanjang hari malahan ke tandas. Tak disangka penulisan saya dibukukan bersama penulis yang hebat belaka. Ada penulis yang sudah mempunyai buku sebelum ini. Terasa kerdil diri ini.
Namun, penulisan membuatkan saya makin teliti setiap perilaku anak-anak depan mata. Tak tersangka, apabila dibaca gelagat mereka saya mampu tertawa kecil. Adakala, kita memandang anak-anak sebagai beban kerana sentiasa mahu yang terbaik daripada mereka. Mahu mereka berjadual seperti robot lagaknya. Berdisplin tanpa dipaksa. Tak perlu dimarah dan dibebel setiap hari. Namun paksaan itu perlu supaya anak keluar dari zon selesa dakapan ibu.
Bebelan kita adalah terapi supaya anak-anak makin memahami kita. Buktinya kakak, sudah faham jika ibu mula meninggikan suara. Cepat-cepat dia menghabiskan tugasan. Menulislah wahai ibu, suatu hari nanti apabila rindu datang menyerbu, kita ubati dengan gelagat mereka waktu kecil yang manja dan nakal.
|
Kak fotofon yang manis |
Label: Catatan Harian, catatan pengalaman