Isnin, 18 Mac 2019

Ulasan Buku Emak Rindu Mathanga Erissery

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tajuk buku: Emak Rindu Mathanga
Erissery

Penulis: Khairul Hakimin Muhammad

Penerbit: NuBook

Semalam, dapat rezeki meminjam buku yang menarik tulisan daripada Khairul Hakimin Muhamad. Buku ini mengisahkan travelog beliau mengembara ke Kochi, India kemudian ke Munnar ke Allepey akhirnya ke Kochi bersama 3 orang rakan beliau.

Menariknya dalam buku ini, beliau menceritakan serba sedikit tentang rindu ibunya berketurunan India dengan masakan di kampung asalnya, India ; Mathanga Erissery. Beliau dan rakan-rakan, sempat belajar memasak dengan Puan Nimi Sunilkumar yang terkenal dengan blog masakannya Nimisrecipes.com. Antara masakan yang dipelajari Stu Kambing, Mathanga Erissery, Apom dan satu jenis masakan yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa.

Antara yang menarik dalam buku ini, turut diselitkan pelbagai resepi masakan India seperti Vadai, Stu Kambing , Mathanga Erissery serta banyak lagi.

Seronoknya, apabila beliau pulang ke Malaysia. Beliau memasak dan menjamu maknya Mathanga Erissery. Senyuman maknya dapat merasai kembali masakan yang diidamkan. Masakan waktu kecillah sukar kita lupakan hingga akhir hayat. Jadi, rajin-rajinkan memasak untuk anak biar mereka teringat masakan kita hinggalah tua kelak.






Label:

Rabu, 13 Mac 2019

Seluar baru untuk sendiri

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Seluar baru untuk diri
Material daripada kain cotton lycra, terasa sejuk dan selesa terutama untuk seluar tidur. Selalu sangat buat seluar untuk kanak-kanak, hari ni kita buat seluar sendiri. Seksi sedikit seluar ni, sebab melekap. Kelulusan seluar tidur je, hu..hu

Label:

Beg bekal Sakina

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahamnirahim..

Beg bekal Sakina.

Beg bekalnya dah buruk, tahun lepas punya. Dia hanya memandang beg Aisyah dan Sara yang sudah bertukar baru. Beg budak 2 orang ni pun dah buruk, sebab main seret kat tanah agaknya. Mentang-mentang ibu kau buat. Senang nak order baru kalau dah buruk.

Pejam mata buat je walaupun mood menjahit hilang dibawa kesakitan yang mendatang. Sakit yang takkan hilang untuk tempoh lamanya.

" Beg ni besarlah ibu."

Ceh mana terima kasihnya. Dengan penuh kasih sayang ibu buat, rasa hati sakit pula.


Label:

Isnin, 11 Mac 2019

Beg kain perca kali ke dua

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah percubaan kali kedua buat beg telekung, agak memuaskan. Seronok tengok apabila menjadi. Walaupun ada lah senget benget, tapi nanti cuba lagi kali lagi sekali. Seronok guna teknik crazy Quilting, banyak juga kain perca yang dapat diabadikan menjadikan kain semula.

Guna sahaja kain dan corak yang ada kemudian tak sangka, nampak cantik apabila sudah tergabung. Antara sebab teknik ini dinamakan crazy quilting. Ikut suka hati jelah nak tampal dan jahit kain apa di sebelahnya. Berbeza dengan teknik jahit cantum yang biasa, perlukan ukuran yang tepat dan corak yang sama. Cubalah, jangan takut-takut.

Label:

Jumaat, 8 Mac 2019

Apa Big Why seorang surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tentang "big why" duduk rumah. Apa sebab utama kita berada di rumah adalah kekuatan yang perlu kita genggam kuat supaya apa sahaja dugaan yang melanda kita dapat tepis. 

*Ulang 1000 kali matlamat yang ditulis sampai lumat

Tulis apa yang kita mahukan dan baca berulang kali setiap hari pagi dan petang. Pengulangan bacaan ini akan membuatkan kita lebih fokus dengan matalamat kita. Apabila kita fokus, otak memberi tindak balas dengan matlamat tersebut. Ibarat memberi arahan pada diri kita berulang kali, barulah kita mampu bergerak sejajar dengan apa yang kita mahukan.


Apa yang diceritakan oleh Rock Thomas dalam youtubenya, bagaiaman beliau mengubah pemikiran lamanya. Beliau menyebut " I am ruggedly handsome' berkali-kali setiap saat sehingga, perkataan itu mampu mengubah pemikirannya. Bukan krittikan orang yang melemahkan kita sebenarnya tetapi cara kita memandang diri sendiri itu yang penting. Adakan kita memandang diri sebagai orang lemah atau mempunyai kebolehan tersendiri. Jaga-jaga dengan permikiran negatif kita, itulah yang membunuh semangat diri kita. Mulai hari ini, fikir apa yang kita mahukan ulang berulang kali. Kata-kata ibarat doa, jika satu hari kita selalu bercakap yang baik dengan diri sendiri insyaallah yang datang baik-baik. Jika kita berlaku sesuatu yang buruk kita tetap tenang menghadapinya. 



Allah mengikut sangkaan hambanya, yakini diri dan  berbaik sangkalah pada Allah S.W.T.

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra


*Kuasa doa

Jangan lupa sehebat mana pun kuasa minda, kita sebagai surirumah mempunya keterbatasan dalam pergerakan terutama apabila anak-anak masih kecil. Di sinilah lkita perlu berdoa dan bergantung harap pada Nya. Moholah semoga dipermudah urusan menjaga keluarga dan menguruskan rumah tangga sambil menambah pendapatan berniaga dari rumah. 


Label: