Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Kehidupan di rumah, anak sudah berderet jangan diingat semudah abc. Selalu juga dengar suara sumbang, " Ala jaga anak sendiri pun susah . " Hakikatnya, hanya surirumah je tahukan.
Mana nak jaga anak, mana nak kemas rumah. Selalu juga dengar keluhan daripada rakan sejawatan ni, mana nak kejar bisnes, mana nak kejar anak, mana nak kejar kerja rumah.
Penyelesaiannya, kita kena bekerja sangat pantas menyiapkan keperluan anak dan rumah. Laju-laju kemas rumah. Memanglah banyak tak betul, tapi sekurang-kurang bergerak. Kalau kita perasan zaman sekarang banyak sangat teorinya. Sepatutnya begini, sepatutnya begitu. Mulut orang makin banyak bunyinya. Kalau banyak sangat difikir kata orang mahu pengsan dibuatnya.
Jika memilih kerjaya sebagai surirumah bekerjaya memanglah perlu bekerja selaju mungkin.
Kata Cik Flylady dalam artikelnya, kerja rumah haruslah dilakukan sepantas kilat. Surirumah perlulah bekerja seperti lipas kudung barulah boleh seimbangkan masa dengan anak-anak dan kerja rumah. Anak-anak tak terabai.
Work as fast as you can to get the job done. This will give you more time to play later.
http://www.flylady.net/d/getting-started/flying-lessons/flyladys-11-commandments/
Label: Catatan Harian