Ahad, 5 Mei 2019

Kait granny square ke bentuk segiempat tepat

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim




Granny square rupanya boleh dimanipulasikan kepada bentuk segiempat tepat. Kait sahaja ikut tinggi yang dikehendaki, kemudian panjangkan sahaja ikut kelebaran yang kita mahukan

Label:

Puasa 1 Ramadhan tahun 2019

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, pagi ni alhamdullilah sempat memasak hidangan ringkas buat anak dan suami. Tak lena tidur dibuatnya. Tekat terasa perit dan selsema mengganggu keselesaan hidung.  Gagahkan diri untuk anak dan suami. Pagi ni sudah merancang mahu makan apa untuk juadah petang ni. Seorang nakkan kuih onde-onde, seorang lagi nak ubi kayu rebus.



Puasa pertama, semua batuk-batuk dan selsema. Dugaan paling hebat, si Aina minta makananan dan air milo. Kakak-kakak membulatkan mata melihat perangai adik yang tak reti bahasa. Usia baru 3 tahun, apa yang difahami. Hanya tahu main dan kelaparan. " Ibu nak acik. " sambil tersengih menunjukkan barisan gigi hadapan. 

Kakak-kakak sudah mengadu sakit perut kelaparan. Tahanlah sedikit sekurang-kurangnya hingga tengahari. mungkin puasa pertama akan gagal, tapi kita berusaha lagi. 

Label: