Khamis, 14 Mei 2020

Puasa dalam PKP

Puasa dalam PKP

Teks: dalila yusof

Assalamualaikum dan bismillahirahmanirahim...

Puasa kali ini sangat berbeza tak sama seperti tahun sebelumnya. Tiada lagi ke bazar ramadhan, tiada lagi kemeriahan berbuka puasa dan terawih di masjid. Sebulan berpuasa dan berbuka di rumah. Tiada kemeriahan seperti tahun sebelumnya, lebih lagi aku kehilangan ayah pada 30 April tahun ni.

Anak-anak sahaja yang meminta baju raya, sejujurnya aku tak bersedia pulang kampung. Masih terbayang ayah bekerja, ayah kehulur hilir sibuk dengan urusan di kebun dan ayah bercakap. Terasa lembik lutut kehilangan ayah secara tiba-tiba, namun kesibukkan dengan anak dan urusan rumahtangga, membuatkan aku mampu melupakan kesedihan sementara.

Bagi aku, tahun 2020 ini tahun kesedihan daripada kehilangan nenek kemudian kehilangan ayah menyusul pula. Sudah tertulis masa mereka sudah sampai untuk pulang ke negara abadi. Namun, aku
sedih ketika dunia dilanda kemelut wabak yang mebunuh secara diam. Mereka dijemput pergi.

. Jika tahun lepas waktu begini aku merempit menyiapkan baju anak-anak dan suami, tahun ini aku sibuk mengarah dan mengajar anak menyiapkan kerja sekolah. Persiapan raya masih lagi aku siapkan, cuma taklah terkocoh kacah seperti tahun lepas. Semoga tahun depan, puasa kita semua lebih bermakna dan dapat berkumpul bersama keluarga. Amin ya rabbal alamin.


Label:

Perniagaan dalam pkp


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, fasa pertama pkp telah dimulakan semenjak 18 Mac. Kedai, premis perniagaan dan perniagaan ditutut dan dikengkang dibuka secara terbuka. Perniagaan dan pekerjaan banyak ditutup, ramai yang kehilangan kerja.

Banyak industri yang terpaksa ditutup ekoran wabak yang melanda ini. Namun, industri dan perniagaan makanan masih gah berdiri ditengah kemelut yang melanda. Ada duit atau tak orang tetap perlu membeli makanan.

Permintaan buah import sangat memberansangkan. Hampir setiap minggu, memborong buah-buahan
merupakan satu kewajipan. Antara buah yang dijual oren, anggur, epal, dan buah plum. Buah-buahan kami biasanya dihantar kepada pelanggan dalam keadaan yang segar biasanya stok ditangan tak sampai 2 3 hari sudah habis. Buah yang dijual agak digemari ramai kerana kemanisan buahnya dan keistimewaannya kami akan pilih buah yang terbaik untuk diberi pada pelanggan.





Buah-buahan memang sangat laku di waktu begini, sumber vitamin c asli yang sebenar. Doktor juga menyarankankan untuk makan lebih banyak buah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan bagi mengelakkan jangkitan penyakit.


Selain itu, saya juga menjual durian crepe buat pencuci mulut ketika berbuka puasa. Produk ini juga sangat laris dan laku dijual terutama ketika bulan puasa ini. Rasa lemak berkrim krim dan durian yang dibungkus dan cantik. Sepeket pun rasa tak cukup, rasa nak makan berpaket-paket.


Selain itu, saya juga menjual buku-buku cerita dan buku latihan budak-budak. PKP pada zaman moden ni, generasi kita sebenarnya lebih baik daripada zaman mak bapa kita dahulu. Dengan bantuan teknologi moden bernama internet, kita masih mampu mencari rezeki walaupun hanya dari rumah. 

Jika dahulu, bekerja dari rumah dipandang jelek bagi sesetengah pihak yang ragu-ragu tentangnya. Sekarang, perkara ini menjadi sangat penting dan hampir semua sektor memilih untuk bekerja dari rumah. Covid-19 mungkin akan berlegar lebih 2 tahun di dunia ini. Dan wabak ini menjadi pemangkin penerimaan internet dan bisnes online. Orang tua juga ibarat dipaksa menerima teknologi online untuk kekal selamat. Harapannya, semoga vaksin wabak ini boleh dihasilkan secepat mungkin supaya kita semua mampu hidup seperti biasa. 

Label: