Isnin, 2 Disember 2013

Teknik Mengait Jerutan

Teks: Dalila Yusof
Sumber gambar: http://www.crochetguru.com

Bismillahiramanirrahim.

Hari ini saya akan menerangkan tentang teknik asas mengait jarum 1. Kita mulakan dengan mempelajari cara membuat jerutan. Penting kerana  kita akan mulakan hampir kesemua projek mengait menggunakan teknik ini.




Belitkan  hujung benang pada jari telunjuk dan jari hantu . Bergantung pada keselesaan tangan anda , tangan kiri atau kanan. 



Belit benang sekali lagi,untuk membentuk huruf x. 




Tolak lilitan pertama ke belakang dan tarik lilitan kedua untuk membentuk gelung.






Tarik gelung dan benang untuk mengetatkan jerutan . Sekarang anda sudah bersedia untuk mengait. 





Nota kaki: jerutan =slip knot

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama