Khamis, 26 Disember 2013

Tutorial Mengait Double Crochet

Teks: Dalila Yusof
Sumber Gambar: Lion Brand. 

Hari ini saya akan berkongsi cara double crochet. Kaitan sekali belit (skb) atau lebih dikenali sebagai double crochet (dc). Kaitan sdouble crochet 2 kali lebih tinggi daripada half double crochet. Kaitan ini  sangat popular kerana menghasilkan kaitan yang longgar berbanding half double crochet. 

1. Mulakan dengan 7 chain. 


2. Belit  sekali benang pada jarum . Langkau 3 chain, masukkan jarum pada chain  ke 4.
3. Kait benang melalui chain ke 4. Sekarang anda ada 3 loops pada jarum. 

4. Belitkan benang pada jarum, kaitkan hanya  2 loops.  
5. Sekarang hanya tinggal 2 loops pada jarum. Belit sekali lagi benang ke jarum, kemudian kait 2 loops terakhir. 
6. Inilah hasilnya. Sekarang ulang langkah 2 hingga 5 sehingga hujung chain. 
Selamat mencuba..Jika anda kurang faham istilah di atas, sila rujuk istilah kait. 


Nota Kaki: skb= dc (double crochet) , dkk= sc(single crochet), kta=chain (ch), jerutan= loops. 

Label: ,

3 Ulasan:

Di 26 Disember 2013 pada 6:16 PTG, Blogger Maria Qiptiyah berkata...

Beberapa bulan lepas dah siap beli jarum kait n benang dah. Teringin nak belajar buat crochet teddy bear comel2. Belajar dr video...akhirnya berbelit2 jer..simpan jer jarum n benang sampai skrg..huhuhuhuh.

 
Di 26 Disember 2013 pada 10:29 PTG, Blogger Dalilayusf berkata...

o...yang tu pggl amigurumi..tak explore lagi..hu2 tgh kait dress anak2.

 
Di 26 Disember 2013 pada 10:31 PTG, Blogger Dalilayusf berkata...

Kene buat yang mudah2 dulu..nanti pening..da faham bru bleh buat yang susah2 ..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama