Sabtu, 15 Februari 2014

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden Bahagian 2

Bismillahirahmanirahim.

sambungan daripada Panduan menghadapi tekanan bab 1

3) Bijak Urus Keluarga

Sumber: http://termcoord.eu/2014/01/family-language-planning-and-active-bilingualism/

"Keluarga direka untuk mengajar kita tentang kasih sayang tanpa syarat"
Andrew Matthews, Ikut Hati Anda.

Jika rakan anda berbuat jahat anda boleh melarikan diri dari mereka, jika mereka berbuat baik anda akan menyanjungi mereka. Namun tidak bagi keluarga anda. Anda perlu menyanjungi setiap kelebihan mereka, dan menerima setiap keburukan mereka. Kita terikat dengan manusia-manusia yang mengetahui segala gerak-geri, kebaikan  dan setiap keburukan kita.  Kita terpaksa belajar menyayangi mereka tak kira bagaimana rupa mereka atau apa yang mereka buat pada kita.

Perlu dingatkan keluarga merupakan cerminan diri kita, apa yang kita lakukan pada mereka, mereka akan pantulkan kembali kepada kita. Jika kita selalu memarahi mereka, mereka akan memberontak dengan kita. Jika selalu kita menghina mereka, mereka akan menghina kita kembali melaui tindakan, perbuatan dan perkataan. Jika anda fikir wang sudah cukup untuk membahagiakan mereka, mereka akan memandang anda sebagai sumber kewangan mereka bukan menyayangi anda. Tidak seperti cermin disekeliling anda, ada cermin yang mengejek, cermin yang berpura-pura, cermin yang menjaga hati anda dan cermin yang cemburukan anda. Tetapi jika anda ingin lihat siapa diri anda, lihat pada bagaimana  keluarga anda melayani anda. Adakah mereka memberontak, melarikan diri dari anda atau menyayangi anda, menyanjungi anda. Itulah diri anda, jangan sesekali persoalkan mereka kenapa bersifat sedemikian rupa. Kaji kembali apa yang telah anda lakukan terhadap mereka. Jangan bandingkan betapa ramai di luar sana sangat baik dengan anda atau sangat jahat dengan anda. Apa yang anda lakukan, setiap kebaikkan atau keburukan anda keluargalah yang akan terkesan dengan perbuatan tersebut.

Namun, anehnya kita akan melayani orang asing, kawan-kawan lebih baik daripada keluarga sendiri. Kita lebih mendengar apa yang orang lain perkatakan lebih daripada anak-anak dan pasangan kita katakan. Adakalanya, kita menghabiskan masa, wang dan tenaga lebih banyak dengan rakan-rakan atau orang yang kita baru kenali lebih daripada keluarga sendiri. Adakalanya, kita pelik mengapa rakan-rakan atau orang lain seperti mengambil kesempatan ke atas diri kita. Namun apa yang kita tidak sedari kita sendiri memberi layanan yang buruk kepada orang yang lebih berhak, anak-anak dan pasangan kita sendiri. Keluarga ibarat diri sendiri jika kita sendiri tidak menghargai diri kita, orang lain juga tidak akan menghargai diri kita. Ubah persepsi kita pada keluarga kita sendiri, lenyapkan sifat suka membandingkan keluarga dengan orang lain, terima mereka seadanya.

a) Berikan anak keperluan bukan kemahuan.
Kelebihan menjadi surirumah ialah anda mampu mengawal setiap apa yang anak makan, anda mampu menapis apa yang terbaik untuk anak anda. Anda mampu mengadaptasi kaedah-kaedah yang meransang fizikal, mental dan emosi anak-anak. Uniknya seorang ibu mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Tambahkan ilmu pengetahuan di dada supaya anda dapat membezakan keperluan dengan kehendak.

 Ath-Thabrani meriwayatkan daripada Ibnu Darda' ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air". 
sumber: http://permatainn.blogspot.com/2011/12/didik-anak-cara-rasulullah-saw.html

7 tahun pertama ini anak memerlukan anda sebagai guru, pengawal peribadi, pelukis, pelawak, doktor peribadi,  dan kawan permainan. Dunia kanak-kanak dipenuhi dengan keseronokan bermain, jatuh, gaduh kemudian mereka akan kembali tertawa. Seronoknya berada di zaman mereka tidak perlu memikirkan tekanan di zaman dewasa. Mereka hidup dalam dunia tanpa peraturan dan tidak dapat membezakan mana yang betul dan salah.
  • Bijak tangani karenah anak.
Luangkan masa bermain Apabila mereka nakal atau bergaduh mereka hanyalah ingin perhatian anda. Pada masa sama mereka sedang mengkaji sebab dan akibat kenakalan mereka. Mereka nakal bukan untuk menyakitkan hati anda cuma mereka perlu belajar daripada kesilapan. Adatlah orang belajar banyak melakukan kesalahan. Bermain bersama mereka sehingga mereka kepenatan mereka akan memberikan anda ruang bekerja.Hasilnya, mereka tidak akan menerabur mainan, merosakkan mainan kerana anda telah mengajar mereka cara bermain. Ajar mereka menyimpan permainan selepas bermain, anda mengajar mereka cara bertanggungjawab menjaga dan menyimpan permaianan. 

Jangan sesekali membelikan permainan kemudian membiarkan mereka meneroka sendiri, hasilnya mainan cepat rosak dan cepat hilang. Beri perhatian kepada apa yang mereka lakukan. Ajari anak-anak dengan sabar dan pecahkan kepada beberapa langkah yang mudah. Anda perlu tahu bahawa kanak-kanak tidak mempunyai banyak pengalaman hidup dan mereka perlu belajar daripada anda. 

Teknik puji. Cuba bayangkan perasaan anda jika seseorang memaksa anda memberi barang dengan herdikan. Terasa seperti nak lempang je orang tersebut. Begitu juga kanak-kanak, jika anda inginkan mereka melakukan sesuatu beri pujian terlebih dahulu barulah menyuruh mereka melakukan sesuatu. Misalnya, "Kakak rajinkan, tolong kemaskan mainan ya".  Pantas tangan mengemas mainan dan seboleh-bolehnya dia akan mengemas mainan setiap hari kerana tertanam dalam otak separa sedarnya , dia rajin. Cuba guna ayat mengherdik, "Kakak ni malas, asyik menyepahkan mainan je, cepat kemas". Dia akan mengemas dengan rasa marah, dan arahan perlu diulang beberapa kali. 

Cuba renung kembali apa yang anda lakukan ketika sebelum berdoa dan sesudah berdoa, dimulakan dengan memuji Allah s.w.t disudahi dengan pujian juga. Allah s.w.t sudah mengajar kita adab jika meminta sesuatu aplikasikan dalam kehidupan harian. Mungkin nampak seperti membodek tetapi sebenarnya kita menghantar maklumat kepada otak anak satu keyakinan dalam diri mereka, mereka rajin, baik dan sebagainya. Jadi otak akan mengerahkan mereka jadi rajin, baik. Praktikkan setiap hari dan jangan lupa ucapan terima kasih. "Rajin anak ibu ni, terima kasih"

Ajar mereka berdikari Ajari mereka berdikari sedari kecil supaya mereka berdikari dewasa kelak. Latih anak untuk bermain sendiri namun masih dalam pengawasan anda. Malah, kerja rumah juga perlu diajar sedari kecil lagi, misalnya meletakkan botol susu dalam sinki. mengemas mainan, membuang sampah dan sebagainya. Latih anak daripada kerja rumah yang mudah ke berat secara berperingkat supaya mudah mereka fahami. 

Contoh tugasan kanak-kanak riang: 
Kemas mainan
Menyapu gunakan 'dustpan'
Membasuh pinggah mangkuk sendiri. 
Menyapu permukaan yang rendah. 
Mengumpul baju kotor dalam baldi

Terapkan apa yang anda ingini sedari kecil.  Jika anda ingin anak menjadi seorang doktor, terapkan minat menjadi doktor sedari kecil. Belikan permainan dan pembacaan menjurus ke arah itu. 


b) Bijak tangani karenah suami
Paling mudah urus kanak-kanak riang, rumah tapi yang paling susah jaga suami. Jika kita memarahi anak mereka tetap akan cari kita, namun jika kita selalu memarahi suami...Oh..silap hari bulan boleh cari bini baru.

Jangan sekali pun ubah perangai buruk . Terima segala keburukan mereka dan sanjungi segala kebaikan suami. Anda perlu tahu anda dan suami berlainan gaya dan budaya hidup. Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perangai yang sudah diterap sejak kecil dan menjadi budaya dalam hidup suami. Bayangkan suami sudah selesa dengan perangai buruknya selama bertahun-tahun. Tiba-tiba anda muncul cuba merubah segala-galanya dalam hidupnya. Jika kanak-kanak kecil mampu dididik perangai yang baik. Namun tidak bagi suami, memakan masa bertahun-tahun mengubahnya. Hargailah pasangan anda sebagaimana anda mahu dihargai. Terima segala kebaikan dan bersabar dengan kekuranganya barulah suami melakukan perkara yang sama. 

Banyak memuji Jangan kedekut puji suami. Bayangkan anda jarang yang memujinya di rumah, tetapi di pejabat ramai yang memuji sifat baiknya. Mudah bagi orang luar mengambil kesempatan kebaikan suami. Jadi tidak salah memuji dan mengambil kesempatan kebaikan suami kerana manfaatnya lebih kepada kerukunan rumah tangga. Pujian jua menunujukkan anda menghargai diri suami berbanding anda mencelanya pasti suami tertekan dan melarikan diri.

Layanan "1st class". Memang penat menguruskan kanak-kanak riang namun layanan suami perlu diutamakan. Suami seringkali berdepan dengan wanita-wanita yang terurus penampilan dan berwangi-wangian. Jadi berikan layanan terbaik apabila berhadapan dengan suami, masakan yang enak dan memenuhi citarasa suami. Kadangkala tak salah memberikan sedikit masa mengurut suami takala suami penat seharian berkerja. Ini menunjukkan betapa perihatinnya kita kepada suami. 

Dalam berumatangga anda perlu menekankan betapa pentingnya kasih sayang, tumjukkan betapa anda menyayangi keluarga. Bukan sahaja dari segi perbuatan, layanan dan perkataan. Ucapkanlah betapa anda sayang keluarga setiap hari supaya mereka tahu. Duit boleh dicari dan diganti, namun layanan berbeza dengan individu yang lain. Cara masakan juga berbeza dengan masakan orang lain. Kesabaran itu penting dalam mengekalkan suatu perhubungan. 


Belajar asas blog dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Sewa kereta dengan kami di Sewa MPV dan Hiace

Rujukan: 
  1. Rumahku Ofisku, Mazneera Zanal
  2. Ikut Hati anda, Andrew Matthews
  3. Tidur Sebantal, Zalida Adam



  


Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama