Tukar Ayat Negatif kepada Ayat Positif
Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramaninrahim...
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Seringkali kita terlalu berfikiran negatif bila berhadapan sesuatu masalah yang mendatang. Adakala kedengaran di telinga apabila hasil usaha tidak kelihatan orang sekeliling akan berkata:
Dapatkan perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace di sini.
"Kamu takkan boleh berjaya"
"Usahalah sekuat mana kamu takkan berjaya"
Walaupun kadang-kadang sindiran atau kutukan itu sebagai gurauan atau hanya menunjukkan sesuatu yang realiti, tidak perlu didengari dan dilayani. Kutukan sebegini dinamakan kritikan negatif yang hanya menjatuhkan kita. Jangan serabutkan minda anda dengan kritikan yang menjurus sesuatu masalah tidak kekal dan boleh diubah terutama sekali dalam pencapaian hidup, perangai anda, dan sebagainya.
Bekerja dari rumah? Bagimana? Klik link di sini.
Bekerja dari rumah? Bagimana? Klik link di sini.
Kritikan negatif hanya bersifat subjektif, dan perlu diingatkan jika seseorang itu berfikiran negatif terhadap anda, mereka cenderung melihat sesuatu yang negatif dalam setiap perbuatan, perkatan anda. Tidak perlu memarahi mereka, hanya senyum dan iakan sahaja setiap perkataan mereka dan cepat-cepat berlalu pergi. Jika anda berterusan mendengar kritikan mereka, hanya akan meracuni minda anda. Tiada apa yang dapat merubah permikiran mereka. Selagi anda tidak berubah, anda tidak mampu merubah tanggapan mereka terhadap anda.
"Kita tidak dapat mengubah sesuatu melainkan menerimanya"
Carl Jung
Terima keadaan hidup anda, namun bukan bererti menyerah kalah sahaja. Konsep menerima di sini kita memahami keadaan hidup. Atasi apa yang anda tidak suka dengan menerima kenyataan yang ada-hindari daripada melawannya-gantikan dengan sesuatu yang positif.
Tukarkan perkataan negatif dan kata-kata yang menyakitkan kepada kata-kata yang menunjukan harapan dan percaya terhadap kebolehan diri:
Tukarkan daripada: "Aku tidak mungkin berjaya"
Positifkan kata-kata tersebut:
"Saya perlu berusaha lebih untuk berjaya"
Tukarkan daripada: "Bodohnya aku ni.
Positifkan kata-kata tersebut:
"Aku dah lakukan kesilapan. Apa yang aku pelajari daripada kesilapan tersebut"
Positifkan kata-kata tersebut:
"Aku dah lakukan kesilapan. Apa yang aku pelajari daripada kesilapan tersebut"
Tukarkan daripada:"Aku dah memang macam tu"
Positifkan kata-kata tersebut:
"Aku mampu berubah. Aku perlu cari cara untuk berubah"
Tukarkan daripada:"Tak nampak hasil pun".
Positifkan kata-kata tersebut:
"Walauapa pun terjadi aku akan berusaha bersungguh-sungguh, tiada usaha yang terbuang".
Bayangkan jika anda selalu mendengar perkataan negatif setiap hari bagaimana keadaan anda. Anda akan rasakan sangat tertekan, tenaga semakin lemah. Hari-hari yang berlalu terasa bagaikan hambar kerana anda rasa tiada jalan keluar buat diri anda. Terasa kepenatan yang melampau walaupun anda tidak melakukan sebarang kerja.
Jadi ambil masa kosongkan minda, buang segala perkataan negatif dalam minda anda. Masukkan hanya perkataan positif dalam diri anda, anda rasakan sesuatu yang bertenaga, menggerakkan anda kepada matlamat, impian hidup. Perkatan bermula daripada pemikiran, samada kita meluahkan secara lantang atau hanya pada diri sendiri, perkataan tersebut yang akan menentukan halatuju kita. Apa yang anda beri tumpuan akan berkembang dan akan memprogramkan anda untuk bertindak, jadi fikirkan apa yang anda ingini.
Begitu juga jika anda berhadapan dengan karenah suami dan anak-anak, pastikan anda sentiasa menjaga setiap tutur kata anda. Jika setiap hari mereka mendengar perkataan negatif keluar daripada mulut anda, semuanya akan tertanam dalam minda separuh sedar. Anda juga akan memprogram mereka seperti yang anda katakan. Jika anda mengungkit setiap perbuatan mereka yang lepas anda hanya memprogramkan mereka untuk melakukannya berulang kali. Jadi hati-hati dengan setiap perkataan dan jadilah seorang yang baik dan berfikiran positif. Jika terlepas perkataan negatif daripada mulut anda, cepat-cepatlah mohon kemaafan supaya mereka faham anda tidak bermaksud begitu.
Jaga-jaga dengan apa yang anda fikirkan kerana jika berfikiran negatif, mampu meracuni minda anda malahan orang sekeliling. Jadi fikirkan positif sahaja namun masih berwaspada dengan orang sekeliling.
Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace
Rujukan;
Andrew Matthews, Ikut Hati Anda
http://www.clutterdiet.com/
Iklan:
Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab.
Label: Diari WAHM
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama