Tutorial Mengait Cekak Rambut Mudah
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....
Selamat petang hari ini saya nak berkongsi tutorial mengait cekak rambut mudah. Biasanya saya akan jahit bunga kait pada cekak rambut plastik. Tetapi disebabkan anak saya suka mengkaji daya ketahanan cekak plastik tersebut, banyak cekak dipatahkan. Seronok bila dapat patahkan cekak seraya menjerit "Ya, aku menang". Adui..kalau sudah minat Upin Ipin, semua dialognya dihafal. Nasib baik boleh kait cekak rambut. Barang mainan pun habis punah dan hilang, nampak gayanya semua kena kait. Setakat ini sudah lebih 2 kali cekakku patah.
cekak yang telah berjaya dipatahkan... |
Kebanyakannya belajar mengait hanya berpandukan internet seperti youtube, sudah tentulah menggunakan bahasa inggeris, begitu juga kebanyakan istilahnya. Jadi saya akan gunakan dwibahasa di sini memudahkan pembaca memahami tutorial ini. Pastikan anda mempunyai bahan-bahan berikut:
- Benang kait Nona
- Jarum kait saiz G (4)
- Sebatang jarum jahit
Istilah kaitan
tali air(ta)=chain (ch)
sekali kait (skk)=slip sticth (ss)
langkau=skip
sekali kait (skk)=slip sticth (ss)
langkau=skip
Cara-caranya:
- Mulakan dengan 16 tali air
- Chain 16
- Baris 1: Langkau 3 kait tali air
- Skip the first 3 chains,
- Sekali kait pada kait tali air ke 4
- Slip stitch into 4th chain
- *Kait 4 tali air dan langkau 3 kait tali air, sekali kait pada tali air ke 4*
- *chain 4 skip 3 chains slip stitch into 4th chain*
- ulangi ** sehingga hujung baris, kait 4 tali air dan pusing
- repeat ** until end of row, chain 4 and turn.
Pada tahap ini anda sudah mempunyai 4 gelung
At this point you should have 4 loops
Baris 2:
- *Sekali kait dalam gelung pertama (ruang 4 tli air) dan kait 4 tali air ulang ** sehinggalah ke hujung baris, kait 4 tali air dan pusing.
- *Slip stitch into the first loop (ch 4 space) and chain 4* repeat to the end of the row, chain 4 and turn.
Baris 3-62: ulangi baris 2
Row 3-62: Repeat row 2
Nota penting :
- Sila tambah atau kurangkan jumlah baris bergantung kepada saiz yang dikehendaki. (Please increase/decrease the amount of rows depending on the size of your head!)
- Paten ini sangat memberi jadi pastikan anda tarik dahulu cekak rambut sebelum mengukur. (This pattern makes the headband incredibly stretchy to keep checking to make sure its the right length as you go along.)
Jika sudah mencapai saiz yang dikehendaki, gunting benang tetapi pastikan tinggalkan hujung benang yang panjang. Ambil sebatang jarum jahit dan masukkan hujung benang yang ditinggalkan tadi, cantumkan dan jahit kedua-dua hujung cekak rambut.
Finish off, leave a long tail. Taking a tapestry needle, thread it on to the tail you left, lay the two ends of the headband together and sew them together.
Model comel yang dipaksa, dan terpaksa mengayakan cekak rambut ibunya. |
Rujukan:
http://bitsandbobblesblog.blogspot.co.uk/2013/03/easy-crochet-lace-headband-pattern.html
Bagi pemula hobi mengait dapatkan kit pemula
Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace
Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace
Label: Kait Aksesori Kanak-kanak
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama