Kopiah Kait.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Hampir 4 hari mengait kopiah kait, memang sungguh mencabar, hampir nak putus asa. Hari pertama dan kedua kait, memang lari daripada paten, makin kait makin besar, terpaksalah meleraikan benangnya. Terpaksa buat semula, hari ketiga, kait semula daripada awal sampai hingga membentuk kelopak terpaksa leraikan semua benang, sebabnya terlebih pandai tambah baris sendiri, kopiah tak ikut saiz.

Hari semalam, kopiah dikait semula daripada awal baris paten sehinggalah sudah nampak kelopak bunganya. Seronok sungguh kopiah nampaknya sudah menjadi, tidak sia-sia berusaha berterusan. Walaupun penat, tapi hasil daripada kait kemudian terpaksa leraikan benang semula, kait semula, leraikan semula, kait semula lagi, sudah boleh hafal, paten kopiah ini daripada awal hingga akhir.

Sewaktu mengandungkan Aisyah, memang banyak projek nak buat, kopiah la, kait baju raya la, tahun ini insyaallah pulun semula, projek tahun lepas. Apa taknya, si Sara dah merenggek mintak baju cantik. Adui, sudah pandai nak melawa. Sakina pun lebih kurang juga lagaknya nak melawa. Itu, belum baju sejuk cik suami yang tak siap-siap lagi. Cik suami dah banyak kali tanya, bila mahu siapkan. Adui, terpaksalah kerahkan tulang 4 kerat untuk menyiapkan tempahan anak dara dan cik suami. 



Jika anda berminat nak dapatkan paten kopiah kait ini, anda boleh dapatkannya daripada http://linanuar69-kaitmengaitcun.blogspot.com/. Paten ini boleh diubasuai mengikut kreativiti anda bermain dengan warna. Bagusnya paten ini dilengkapi dengan foto tutorial, langkah demi langkah sesuai untuk orang yang sudah mahir dengan asas mengait jarum satu. 


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace





Ulasan