Tutorial Tukar T-shirt Jadi Benang
Bismillahirahmanirahim
T-shirt buruk, kebiasaannya ramai yang akan buang atau memberi tshirt buruk kepada orang lain, sayangnya jika dibuang begitu sahaja. Tidak ramai yang tahu tshirt ini boleh ditukar menjadi benang. Benang tshirt boleh dikait menjadi alas kaki, bakul, alas periuk dan sebagainya. Hari ini saya ingin berkongsi tutorial menukar tshirt menjadi benang.
Anda memerlukan gunting kain yang tajam, beberapa helai tshirt buruk dan pembaris panjang.
1) Mula-mula, bentangkan t-shirt di atas meja kerja atau lantai, potong bahagian atas dan bawah seperti gambar 1(a). Kita hanya memerlukan bahagian tengah tshirt untuk dibuat benang.
Gambar 1 (a) |
Gambar 2 (a)
3) Lipat sekali lagi, pastikan lipatan tidak melebihi 1 inci seperti gambar 3 (a)
Gambar 3 (a)
4) Tandakan lebar jalur yang anda ingini, samaada selebar 1/2 inci atau 1 1/2 inci, terpulang kepada anda. Pastikan jangan terlalu kecil lebar jalur.
5) Inilah hasilnya selepas anda selesai mengunting jalur-jalur tersebut. Pastikan anda mengunting tidak melebihi ukuran tepi 1 inci tadi.
6) Buka lipatan, dan anda akan dapati masih ada ukuran 1 inci margin di atas jaluran tadi.
7) Gunting secara menyerong ikut garisan dalam gambar 7 (a) dan teruskan gunting sehingga selesai. Hasilnya akan menjadi seperti gambar 7 (b). Hati-hati dalam proses ini jika tersalah gunting anda gagal untuk mendapat benang yang panjang.
Gambar 7 (a) |
Gambar 9 (a) Sumber: http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/ |
Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace
Rujukan:
http://mousechirpy-polkadotpineapple.blogspot.com/2008/03/tutorial-t-shirt-yarn.html
http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/
Label: Projek Benang tshirt
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama