Selasa, 8 April 2014

Cerita English Vinglish lakonan Sri Devi.

Teks: Dalila Yusof
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html




English Vinglish memaparkan kehidupan seorang surirumah, Shashi lakonan hebat pelakon Sri Devi yang sering diperlekehkan oleh  suaminya yang berpelajaran tinggi dan anak perempuannya, semata-mata beliau hanya seorang surirumah dan tidak faham dan fasih berbahasa Inggeris. Walaupun beliau sangat pandai memasak dan mempunyai perniagaan  kecil-kecilan membuat  manisan "ladoo" yang sangat maju, suaminya tetap memandang rendah dan tidak menghargai beliau. 

Babak yang paling mengguris hati apabila anak perempuannya malu beliau menghadiri Perjumpaan Ibu Bapa bersama guru, semata-mata beliau meminta guru kelas anaknya, berbahasa Hindi. Runtun hati ini, apabila seorang anak tidak memikirkan betapa tergurisnya hati seorang ibu diperlekehkan anaknya sendiri. 

Segalanya berubah apabila beliau terpaksa mengembara seorang diri ke New York untuk menguruskan perkahwinan anak saudaranya di sana. Bayangkan bagaimana perasaan seorang surirumah yang kehidupannya hanya dikelilingi anak-anak dan suami, pergi ke luar negara, tidak fasih berbahasa Inggeris yang mana menjadi keutamaan untuk berkomunikasi. 

Klimaks filem ini apabila beliau dimarahi seorang pelayan wanita di  sebuah kafe semata-mata beliau tidak tahu berbahasa Inggeris untuk memesan makanan. Di saat itu, beliau memutuskan untuk menghadiri kelas berbahasa Inggeris   selama 4 minggu tanpa pengetahuan sesiapa dan membayar yuran hasil jualan manisan ladoonya.

 Di kelas ini, beliau bertemu dengan ramai rakan sekelas serta guru yang sangat menghargai dan mengkagumi kebolehan beliau yang pandai memasak dan membuat ladoo tidak seperti ahli keluarganya. Malahan, seorang lelaki berbangsa Perancis dalam diam menaruh minat pada beliau dan memuji kecantikkannya. Namun bukan cinta yang dikejar namun penghormatan daripada ahli keluarganya yang dipinta. 

Beliau bersungguh-sungguh untuk belajar bahasa Inggeris, membaca setiap dialog filem English, setiap perkataan English yang dilihat di mana sahaja untuk membuktikan kepada keluarganya, beliau mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, beliau membuat kejutan kepada ahli keluarganya apabila beliau mampu berucap dalam bahasa Inggeris di majlis perkahwinan anak saudaranya yang berkahwin dengan warganegara Amerika.

Cerita ini walaupun hanya rekaan semata-mata namun sedikit sebanyak memaparkan kehidupan sebenar seorang surirumah. Masyarakat sering memandang rendah peranan seorang surirumah yang hanya bergelumang dengan najis dan muntah anak. Bagi masyarakat surirumah hanyalah tahu meminta-minta pada suami ketika hari gaji. Tidak pandai berdikari walaupun mempunyai perusahaan sendiri tidak segah perempuan berkerjaya yang bergaji tinggi dan bergaya ranggi. 

Si anak pula malu memberitahu rakan-rakan, ibunya hanyala seorang surirumah semata-mata ibu rakan-rakannya berpangkat tinggi. Tidak dipandang langsung, setiap belaian, makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang, yang tidak mungkin mampu diberi oleh ibu yang bekerjaya tadi.

Bagi si suami pula, langsung tidak memandang penat lelah si isteri bangun seawal pagi menyediakan sarapan kemudian menyediakan makanan tengahari dan malam. Tidak langsung diberikan perhatian setiap pertuturan si isteri berbanding  perempuan-perempuan cantik  di luar sana. Semata-mata, si isteri tidak secantik dan sewangi perempuan di pejabat. Pengorbanan isteri langsung dipandang sepi malahan dibanding-bandingkan pula dengan perempuan-perempuan cantik di pejabat. Mampukah mereka bersabar dengan karenah si suami yang hanya terlihat baik di pejabat, nampak taringnya di rumah. Mampukah mereka menahan kepenatan melayan karenah anak-anak. Bayangkan jika dihantar ke pengasuh, mampukah si pengasuh melayan anak-anak  bukan kerana wang semata-mata?  Memarahi anak-anak kerana sayang? Memeluk anak-anak ketika mereka memerlukan pelukan?  

Bagi si isteri, surirumah di luar sana usah mengharapkan suami dan anak-anak menghargai kita, selagi kita tidak menghargai diri sendiri. Usah harapkan mereka menghargai pengorbanan dan penat lelah kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya kerana mereka hanyalah manusia biasa. Mereka tidak mampu menyayangi, menghargai, berkorban, seperti  kita, sebagaimana kita lakukan pada mereka. Cintailah, hargailah diri sendiri jangan sampai kita terkorban. 

Surirumah juga seharusnya sentiasa berazam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri. Jangan terlalu berharap kepada bantuan kewangan daripada si suami berusahalah untuk menjana pendapatan sendiri untuk memenuhi kemahuan kita sendiri. Barulah kita terasa lega jika tidak terlalu bergantung pada orang lain. Biarlah kekuatan itu dipinta daripada Allah s.w.t sahaja bukan daripada suami dan anak-anak semata-mata kerana mereka hanya manusia biasa punyai kelemahan tersendiri. Tidak seperti Allah s.w.t yang tiada langsung kecacatannya. Salam sayang buat surirumah seperti saya, jangan sesekali memberi peluang kepada orang lain untuk memperlekehkan kita. Banyakkan selawat agar kita sentiasa memperoleh kekuatan untuk ikhlas melakukan tugas sebagai seorang ibu dan juga isteri. 

Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama