Gembira Menjemput Bahagia
Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com
Merancang aktiviti percutian bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html
Ingat lagi tak lagu jika anda gembira tepuk tangan. Seronoknya apabila hati gembira, dunia terasa bahagia. Macamana nak gembira?
Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Rakan saya, Ain Akib berkongsi tips untuk gembira.
GEMBIRA
Antara perkara-perkara yang boleh membuatkan kita gembira:
Mendengar deruan enjin yang lancar setelah diservis.
Tiada lagi bunyi 'screech' yang membingitkan.
Pijakan brake juga selesa dan sopan, hehe.
Terasa pemanduan lancar dan bebas dari gangguan dan ketidakselesaan.
Wahh!! Sangat best!
Mendapat panggilan dari sahabat lama yang bertahun-tahun tidak bersua.
Seraya melihat nama sahabat itu tertera di skrin telefon bimbit, itu sudah cukup untuk menimbulkan rasa gembira! Walaupun pada masa yang sama, hati tertanya-tanya,
'Betulkah Shila telefon aku ni?'
Namun, apabila bermulanya sahaja perbualan, sudah tersemat nada gembira dan ceria. Hanya beberapa minit berbual dapat menceriakan hari!
Menyelesaikan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna adanya.
Ganjaran rasa kepuasan yang Allah beri tiada tolok tandingnya.
Hatta melakukan perkara yang dibuat sehari-hari.
Apatah lagi apabila melakukan perkara yang kita telah lama target untuk disiapkan.
Perkara mingguan seperti menyelesaikan proses pengurusan pakaian. Dari membasuh pakaian, menjemurnya, mengangkatnya sehingga menyimpannya atau menyeterikanya. Walaupun itu rutin mingguan, namun jika kita laksanakan dengan gembira, sambil mendengar muzik atau mendengar buah ilmu, atau lakukan bersama-sama ahli keluarga sambil bertukar cerita, juga ada keseronokannya.
Pelbagaikan suasana agar rutin mengemas itu tidak membosankan.
Tugas akan selesai tanpa kita sedari!
Menggembirakan orang lain dengan menyempurnakan hajat orang lain.
Pernah seorang sahabat saya yang menuntut ilmu di luar negara berkongsikan satu tips bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran. Beliau mengatakan bahawa beliau banyak membantu orang ketika beliau berada di sana. Memenuhi hajat orang katanya walhal aktiviti mengulangkaji pelajarannya tidaklah sehebat mana untuk melayakkan beliau bergraduasi dengan cemerlang. Namun itulah yang diperolehi beliau, keputusan yang cemerlang dan membanggakan.
Bagaimana mungkin begitu?
Itu adalah kisah yang diceritakan sahabat saya lebih kurang 6 tahun dahulu.
Namun, baru sekarang saya faham akan kisahnya itu.
Memudahkan urusan orang lain sebenarnya adalah jalan yang diberi Allah untuk jalan kita dipermudahkanNya.
Apabila kita menghulurkan bantuan kepada rakan yang di dalam kesusahan, membantu menyelesaikan kesulitan saudara-mara, meminjamkan sedikit masa buat anak kecil yang ingin belajar, memerah sedikit keringat dan minda untuk sahabat meneruskan jalan kehidupannya, itu semua adalah peluang dan jalan sebenarnya.
Selari dengan ajaran Islam.
Penuhi diri dan tindakan dengan sifat mulia, nescaya Allah akan memberi lebih daripada yang kita sangka dan melalui jalan-jalan yang kita tidak sangka.
Ini yang sukar dan selalu kita salah interpretasikan.
Kejayaan kita bukan datang kerana usaha kita semata-mata tapi sejauh mana kita berusaha juga memelihara hubungan kita sesama manusia.
Hablumminallah.
Hablumminannas.
Hubungan kita dengan Pencipta.
Hubungan kita dengan insan.
Dua perkara ini seiringan.
Imej: Carian Google |
Jika kita hanya menjaga diri dan keluarga, menjaga hubungan ibadah kita dengan Allah, namun tidak menjaga hubungan kita dengan orang sekitar, sedikit sebanyak tugas kita masih belum sempurna dari tujuan asal kita dijadikan.
Tugas khalifah yang memakmurkan bumi Allah ini belum tercapai.
Suka atau tidak, masyarakat itulah antara komponen besar yang perlu kita raikan juga.
Komponen yang membentuk kita sebagai insan dan khalifah.
KESAN GEMBIRA
Perkara yang menggembirakan ini dapat memangkinkan rembesan hormon serotonin yang mampu membaiki suasana hati kita.
Kemudian turut membaiki cara pandang dan sangkaan kita yang seterusnya.
Sangkaan yang baik akan mengundang perkara yang baik, biiznillah.
Bersangka baik dengan Pemberi Rezeki sebenarnya bukan?
:)
Semoga kehidupan anda dan kehidupan saya menjadi lebih gembira selepas membaca tips-tips di atas.
Mari sama-sama menjadi seorang yang gembira dan menggembirakan.
Menjadi seorang yang bahagia dan membahagiakan.
:)
:)
Label: Diari WAHM
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama