Isnin, 7 April 2014

Membeli buku itu Suatu Pelaburan

Teks: Dalila Yusof
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Saya cukup terpesona dengan prinsip kaizen orang Jepun. Kaizen merupakan suatu konsep dimana kita sentiasa memperbaharui sesuatu pengurusan supaya menjadi lebih mudah terusus untuk mengelakkan pembaziran masa. Apabila kita sudah biasa melakukan sesuatu kita akan melakukan perkara tersebut dengan cara lain. 
Misalnya, memasak, apabila sudah biasa memasak kita akan melakukan dengan mudah dan lebih pantas. Jadi jika ingin melakukan sesuatu contohnya kemahiran mengait, lakukan sahaja sehingga anda terbiasa dengan kemahiran tersebut, anda dengan sendirinya akan mengetahui cara mengait dengan laju dan kemas. 
Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html


Perkongsian rakan seblogger saya Haryati Dulbahri


Membeli Buku Juga Adalah Pelaburan

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri

Semalam sepanjang hari masa saya fokus sepenuhnya kepada si kecil Harith dan kakak Arissa di rumah. Tiba-tiba sahaja Harith diserang demam. Kelmarin pula pada hari Sabtu, dari pagi hingga tengahari kami menghabiskan masa di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014.  Alhamdulillah, pada hari ini dengan izin-Nya saya diberi kesempatan untuk menulis semula.

Sedikit perkongsian sekitar PBAP 2014 yang kami lawati tempoh hari, saya dan suami berkesempatan untuk membawa anak-anak ke sana seawal jam 10.30 pagi. Kebetulan pesta buku ini di adakan di kawasan Putrajaya, hanya 10 minit untuk sampai ke sana. Kami mengambil peluang ini untuk mendedahkan anak-anak tentang buku. Lebih-lebih lagi anak yang sulung, Arissa Safiya sudah boleh membaca dan mengira. Semangat Arissa untuk belajar dan membaca ketika ini sangat berkobar-kobar. Terus kami memberitahunya untuk mencari beberapa buah buku untuk dibaca dan dijadikan aktiviti di rumah semasa cuti sekolah ini. Begitu juga si kecil Harith, apa yang kakak Arissa lakukan, dia akan ikuti. 

Selesai kami melawat pameran buku dan membeli beberapa buah buku di seksyen pameran buku kanak-kanak di Dewan A, kami pergi  pula ke seksyen pameran buku untuk bahagian dewasa di Dewan B. Lokasi hanya bersebelahan. Di seksyen ini banyak buku-buku yang dipamerkan termasuk buku-buku tentang motivasi, perniagaan dan kewangan, masakan, buku keagamaan, novel-novel penulis tempatan dan macam-macam lagi. Pada bulan Januari yang lalu, saya telah menambah koleksi buku peribadi tentang motivasi dan keagamaan. Saya beli buku-buku tersebut secara online sahaja. Tetapi kali ini saya ambil peluang membeli di PBAP 2014 ini kerana buku-buku ditawarkan pada harga diskaun. 

Kali ini saya menambah koleksi buku peribadi tentang Perniagaan dan Kewangan pula. Sejak zaman universiti lagi saya dan suami peminat buku hasil penulisan Pakar Kewangan No. 1 Malaysia saudara Azizi Ali. Kebetulan semasa kami sampai di Dewan B, saudara Azizi Ali sedang beraksi di atas pentas Pekan Buku. Beliau sedang bercakap mengenai Pelaburan Emas. Saya ingin kongsikan sedikit tips daripada beliau. Beliau ada menyatakan dalam ucapan beliau kelmarin bahawa membeli buku juga adalah satu pelaburan dalam hidup kita. Sekiranya kita tidak mampu membuat pelaburan yang memerlukan modal besar seperti hartanah dan emas, dengan hanya membeli buku yang bermanfaat juga adalah satu pelaburan. Saya amat setuju dengan kata-kata beliau ini. Daripada membeli sesuatu yang tidak berfaedah, lebih baik kita membeli buku. Daripada buku tersebut, kita perolehi ilmu. Ilmu tersebut kita gunakan sebagai panduan atau rujukan dalam kehidupan kita. Sebab itu ianya di anggap satu pelaburan yang baik. Duit yang kita belanjakan tersebut dilaburkan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Antara koleksi buku peribadi penulis yang di beli semasa PBAP 2014
Selain itu, tahukah kalian yang kita sebenarnya boleh dapatkan kembali duit kita yang kena cukai pendapatan setiap tahun oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Ya, seperti suami saya yang bekerja dengan majikan, setiap tahun beliau akan claim semula apa-apa sahaja pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan. Resit-resit pembelian buku tersebut janganlah kita buang. Ini kerana resit-resit tersebut diperlukan semasa buat claim (tuntutan) ke LHDN. Untuk makluman, jenis potongan individu untuk pembelian buku ini adalah dihadkan sebanyak RM1,000 sahaja untuk setahun.

Jadi, amatlah rugi sekiranya kita tidak membelanjakan sejumlah wang untuk membeli buku. Tapi pastikan buku yang kita beli itu adalah buku-buku yang berfaedah, buku yang boleh menambah nilai hidup kita dan juga sebagai alat untuk kita menghabiskan masa yang terluang dengan membaca. Ya, dengan membaca buku pada masa yang terluang itu juga dikira melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. 'Membaca jambatan ilmu'. Ilmu pula adalah ibarat lilin atau cahaya yang menerangi kegelapan. 

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama