Sabtu, 5 April 2014

Tambah ibadah, tambah pendapatan

Teks: Dalila Yusof
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Hari ini, hari sabtu, anda merancang berjalan bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Ramadahan akan tiba tidak lama lagi musim untuk menambah pendapatan buat peniaga tidak lupa juga surirumah yang mencari pendapatan sampingan. Apa perancangan anda, baju, kuih raya, bagaimana pula ibadah anda? Sudah rancang semuanya? 
Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html


Perkongsian rakan seblogger saya, Siti Nurul Husna Hashim

Saya baru pulang dari menghadiri walimatul urus sepupu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun cuaca garing dan terik. Cepat-cepat biasakan diri dan tidak lupa memohon keampunan kepada hati-hati yang pernah kita sakiti terutama sekali kepada Allah SWT.

Selagimana matahari belum terbit dari barat, maka selagi itu pintu taubat masih terbuka. Usah kita menangguhkan taubat dan ayuh bertahan dengan cabaran dan selesaikan dengan berlapang dada. Dua golongan yang patut bimbang kata ustaz ialah golongan yang timbul kesedaran untuk bertaubat setelah melihat matahari naik dari barat dan yang patut lebih bimbang golongan yang selalu bertaubat, namun taubatnya belum diangkat sehingga matahari naik dari barat. Aduh!

Mari kita berdoa agar Allah SWT berbelas kasihan kepada kita dan memilih seluruh umat Islam untuk diterima taubatnya. Apa yang kita boleh buat kata ustaz ialah dengan berbaik sangka dengan Allah SWT kerana Allah SWT Maha Menerima Taubat dan tidak akan sekali-kali menaniaya hambanya selain diri manusia itu sendiri yang suka menganiaya dirinya. Astagfirullahal'azim. Laa ila hailla anta subhanakainni kuntu minadz zholimiin.

Berbalik kepada entri hari ini, apa yang ingin saya kongsikan ialah Ramadhan Mubarak semakin hampir dan hanya tinggal 99 hari sahaja lagi. Baju raya perlu ditempah awal kerana saya mahu Ramadhan kali ini lebih berkualiti dan saya ingin maksimakan untuk beri pengalaman baru kepada anak-anak saya. Insha Allah. Jadi tahun ini saya hanya fokuskan kepada tempahan makanan kering dan kuih muih yang dipesan pelanggan sahaja.

Bagi kaum-kaum ibu yang masih mencari idea untuk berniaga sesuatu menjelang Ramadhan Al-Mubarak tetapi tidak mahu merugikan masa beribadah, bolehlah bekerjasama dengan Abdullah FOODS ataupun BELAJAR dari Abdullah FOODS. Keluarkan produk hasilan sendiri dan jual. Insha Allah, saya akan kongsikan cara ringkas dan cepat dan produk yang dihasilkan ini juga boleh dibuat sambil-sambil para ibu beribadah dan menguruskan anak-anak syurga di rumah.

Kerepek Tempe, Kacang Balut dan juga Serunding Daging Hitam Manis adalah makanan yang berpotensi untuk dikomersialkan jika puan-puan dan tuan-tuan mempunyai minat dan kesungguhan. Insha Allah.

Bagi yang sudah ada perniagaan, pesan mentor dan sahabat-sahabat yang berjaya dalam perniagaan masing-masing ialah FOKUS. Saya simpulkan formula-formula yang diberi dengan perkataan manja iaitu FOKUSH; gabungan perkataan FOKUS dan USAHA.

Ucapan dari Abdullah FOODS, Selamat Merangka Pelan Ibadah dan Pendapatan kepada pembaca di luar sana!.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama