Rabu, 7 Mei 2014

Granny square oh granny square

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim...

Selepas projek mengait untuk acara jualan di Stadium Kuala Selangor, memang banyak lebihan benang yang tinggal. Projek yang paling mudah untuk menggunakan lebihan benang adalah "granny square". Mudah kerana patennya senang diingati. "Granny squares" merupakan projek kait yang paling popular, dan boleh dicantum  untuk dijadikan pelbagai produk yang menarik sebagai bola kait, alas meja, kotak tisu,  dan lain-lain lagi



Jika anda masih baru dengan hobi mengait ini, ini merupakan projek yang sangat menarik dan mudah difahami. Hari ini saya kongsikan bagaimana saya mengait "granny square" ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Jarum Jahit
Lebihan benang pelbagai warna.
Gunting
Jarum kait bersaiz 3.5m

Oleh kerana saya banyak mempelajari seni mengait dalam bahasa Inggeris jadi saya banyak menggunakan istilah bahasa Inggeris, secara tidak langsung menyenangkan kita untuk mempelajari tutorial kait dalam bahasa inggeris.
Istilah: 

ch-chain: tali air (ta)

ss-slip stitch: sekali kait (skk)
dc-double crochet: sekali belit (skb)
2 ch space: 2 chain space

Simbol kait:
http://www.craftyarncouncil.com/chart_crochet.html












Cara-caranya:

Carta 1
http://frettanfriends.blogspot.com/2011/04/granny-square-crochet-ball.html
Untuk Baris Pertama



1. Mulakan dengan mengait 5 chain.

2. Slip stitch pada chain pertama untuk membentuk satu bulatan.
Gambar 2 a
Gambar 2b

3. Kait 3 chain seperti dalam gambar 2a, 3 chain tersebut akan dianggap sebagai 1 dc. Kemudian, kaitkan 2 dc  dalam bulatan yang terbentuk, sekarang, kita akan dapat 3 dc. Seterusnya, kaitkan 2 ch yang dipanggil 2 ch space seperti yang ditunjukkan dalam gambar 2b.



4.  *Kemudian kait 3 dc dalam bulatan tersebut, seterusnya kaitkan 2 ch.*
5.  Ulangi langkah 4  sebanyak 2 kali. Jadi, kita akan dapat 4 kumpulan 3 dc dan 4 kumpulan 2 ch space. 

6.  Sejurus itu, slip stitch pada ch yang ke 3 pada 3 ch yang pertama tadi. Selesai pada baris pertama, tarik benang dan gunting, matikan benang. 
Selesai sudah baris pertama, kita berganjak ke baris ke 2, 

1.  Tukarkan kepada warna benang lain, slip sticth pada mana-mana 2 ch space. Mulakan dengan mengait 3 chain yang dikira sebagai 1 dc.
Gambar 1 a. 

2. Kaitkan 2dc seperti dalam gambar. 
Gambar 2 a.

3. Kaitkan 2 ch yang dikira sebagai 2 chain space, kemudian kait sekali lagi 3 dc. 
Gambar 3 a. 

4. Kaitkan 3dc, 2ch, 3dc di setiap 2 chain space seperti dalam gambar 4 a. Slip stitch pada dc yang pertama. 
Gambar 4 a. 

Untuk baris ke 3 dan ke 4, paten adalah sama mengikut langkah 4 kecuali ruang di tengah-tengah di antara dua  kumpulan 3dc, 2ch, 3dc, kait hanya 3dc seperti dalam gambar di bawah.

Jadi, kita akan mengait 3dc, 2ch, 3dc pada setiap penjuru granny square yang kita panggil 2 chain space. Kemudian, kaitkan 3dc di setiap ruang di antara 2 kumpulan 3dc, 2ch, 3dc. Jika anda tidak faham boleh rujuk carta 1.

Granny square yang sudah siap dikait dengan pelbagai warna yang menarik. Entri yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana kita mencantumkan granny square menjadi  bola mainan yang sesuai untuk bayi. 


Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa






















Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama