Jangan Takut Kerana Manusia.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kadang-kadang kita terfikir membuat sesuatu untuk masa depan keluarga kita, tapi kita asyik berfikir tentang LOGIK, adakala takut nak melangkah semata-mata TAK PERNAH DIBUAT ORANG. Tak pun takut NANTI APA ORANG KATA ataupun NANTI MAK BAPAK KECIL HATI TAK IKUT CAKAP MEREKA.

Silapnya disini kita terlalu takut dengan manusia hatta ibu bapa sendiri. Kita lupa kita perlu HORMAT bukannya TAKUT..KAN? Sedangkan siapa yang merana apabila kita gagal? Siapa yang merana apabila kita tidak melangkah? TAKUT SUSAH? Kalau semua benda mudah, kita tidak memerlukan manusia lain untuk hidup ini. Tidak lah Allah s.w.t.  perlu cipta SYURGA dan NERAKA.

Yang penting

SOKONG diri dulu, baru orang lain akan sokong.
KUATKAN diri dengan ILMU, baru makin kuat.
TINGKATKAN USAHA, barulah ada HASIL.

USAHA, USAHA, USAHA, baru HASIL.

Jangan lupa pula, pada ALLAH tempat kita bergantung bukan manusia.

Kaki Novel







Ulasan