Sweater Hexagon Kait



Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim...






Alhamdulillah ....Siap jugak akhirnya baju kait ini, patennya diambil daripada Mundocrochet, hampir seminggu lebih jugak nak mengait baju sejuk ni..akhirnya siap, tapi rasa berdebar-debar la pulak, risau tak muat tunggu dan lihat sahajalah...

Topi pula, ilhamnya daripada The daintydaisy. Saya mula mengait selepas  kelahiran anak nombor dua sebelum itu, saya cuba berjinak-jinak dengan kraftangan felt. Saya dapat menyiapkan satu kasut felt khas untuk anak saya yang sulung, tapi sayang sebab hanya muat untuk beberapa bulan sahaja. Kasut ini siap saya buat sulam bunga lagi, memang menjadi dan cantik. 


Oleh kerana, tak sanggup tengok jarum yang bersepah semata-mata nak kejar anak menangis, makan, cuci kencing dan berak anak, maka saya cuba isi masa lapang dengan mengait. Pada mulanya, suami seakan tak mengizinkan, tapi makin gigih pula menggalakkan apabila lihat pelbagai hasil kait yang saya hasilkan. Saya pula pening apabila dia asyik bertanya dan menyuruh mengait pelbagai barang perhiasan rumah. Adui, perlahan-lahan insyaallah berjaya. Suami dah bagi semangat WAJIB ambil peluang untuk kait laju-laju, insyaallah murah rezeki...Amin.....Sebenarnya, apabila suami tak izin mungkin dia risau kita tak mampu nak uruskan anak-anak, rumahtangga dan hobi, paling malang kalau banyak menghabiskan duit dia semata-mata nak beli benang. Tapi, banyak yang tak menjadi. Jadi, buatla muka manja dan comel, dan tunjukkan usaha yang gigih dan tak mengenal erti putus asa supaya suami nampak kita bersungguh-sungguh melakukan apa yang kita minat. Insyaallah dia bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.

Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van

Insyaallah, saya akan cuba buat tutorial baju kait dan topi ini, nantikan ya salam sayang dan ceria pembaca sekalian...


Ulasan