Tutorial percuma kait cekak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Saya selalu mencari tutorial percuma untuk kait....tapi masalahnya apabila percuma, saya hanya mengumpul tanpa mencuba dan akhirnya lupa. Apabila nak guna sudah lupa...jadi hari ini saya nak kumpulkan tutorial cekak kait yang saya paling suka. Benda percuma rasa bersalah pula tak nak kongsi dengan pembaca sekalian. ngeh....ngeh...

1. Tutorial ini menggunakan teknik mengait jarum dua (knit) untuk menghasilkan i-cord dan hasilnya disarung ke cekak. Nampak cantik kemas sahajakan. Saya pernah kait untuk anak saya nampak comel sahaja pada dia.

knityorkcity

2. Tutorial ini pun saya pernah buat hasilnya memang sangat cantik. Raya ni nak buat lagi. Insyaallah anak dara pun sudah pandai melaram tak macam dahulu. Pakai sahaja campak merata tempat.

speckless


3. Comel sangat yang ini kan? Paten daripada redheart.

4.  Paten ini daripada Mark Mari, saya memang suka paten daripada Rusia ini, lain daripada yang lain. Nampak sentiasa diperbaharui setiap masa.

5. Mana tahu ada yang berminat nak kait cekak ala-ala kucing boleh cuba paten daripada ryllisse ni.


6. Yang ni ala-ala tiara gitu. Sesuai si kecil manis yang ala-ala puteri kayangan. Paten daripada fableoffive.

.

7. Atau paten yang mudah tapi tetap menarik daripada Red Heart Yarn lagi.


Rasa nak buat sahaja tapi banyak projek tak siap lagi. Cubalah dulu mana yang berkenan ye. Ada lagi tutorialnya, nanti saya kumpulkan lagi buat pembaca sekalian. Terima kasih sebab baca blog ini. 


Iklan: 

Sempena bulan ramadhan ini saya ada menjual pes nasi arab jenama al-bayt. Mudah disediakan kerana turut disediakan rempah khas nasi arab dan beras basmathy. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di Pes Nasi Arab Jenama al-bayt


Atau boleh sahaja berdaftar sebagai ejen dropship kami, keterangan lanjut boleh lihat di Kelas Asas mula bisnes 

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Jika anda berminat menjadi ejen dropship produk kami boleh hubungi saya: 


Facebook: dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480


















Ulasan