Ilmu perlu dikongsi atau disorok
Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim
Sewaktu pulang ke kampung, dahulu, nenek bercerita ada seorang yang pandai mengait, menjadikan hasil kait sebagai sumber pendapatan. Apabila diminta mengajar, dia menolak. Risau sungguh, jika periuk nasinya ditutup. Ruginya dia, menolak pintu rezeki yang lain. Bagi saya, jika tak mahu mengajar secara percuma, kenakanlah bayaran. Ilmu itu takkan habis walaupun dikongsi tetapi akan bertambah lebih daripada yang kita beri. Jangan takut jika orang meniru kita itu akan jadi lebih baik daripada kita. Gunakan pengalaman yang ada untuk jadi lebih baik daripada semalam. Jangan suka berada di takuk yang sama, iaitu zon selesa, sentiasa cabar diri untuk maju ke zon kurang selesa. Hidup ini hanya sekali, gunakan peluang di depan mata.
Dapatkan perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace di sini.
Pada zaman serba canggih ini, ilmu makin mudah diperoleh. Ramai sungguh yang suka berkongsi ilmu-ilmu yang mereka peroleh daripada pengalaman mereka yang mahal. Gunakan internet sehabis baik, cari ilmu baru, baca dan buat kajian, untuk permulaan kita kaji yang percuma dan murah, sudah faham gali ilmu daripada seminar berbayar pula. Resepi , motivasi, apa sahaja kemahiran yang kita ada mengait, menjahit, kita ajar dan beri secara percuma, jangan tunggu orang memberi baru kita memberi, ruginya kita di situ. Walaupun kita beri secara percuma, tapi kita dapat kemahiran mengajar di situ, Pengalaman yang tiada siapa nak bagi...hu2, tak semestinya apabila kita tahu dan pandai sesuatu kemahiran, kita pandai mengajar orang, jadikan blog sebagai platform latihan untuk mengajar orang seterusnya membuat buku tentang kemahiran kita.
Berminat menjaga sendiri anak namun mahu menjana pendapatan di rumah? sertai Akademi Bekerja dari rumah
Sayang sungguh segala pengalaman kita yang mahal ini tidak dicoretkan dalam bentuk penulisan. Pernah juga saya bertanya dengan emak, tentang kemahiran mengaitnya. Emak memberitahu banyak yang dah dia lupa. Begitu jugalah kita apabila sudah tua kelak. Mungkin ada yang kita tahu, tapi tak ramai yang tahu perkara tersebut. Kita belajar daripada pengalaman hidup, dan pengalaman setiap orang juga berbeza-beza. Tak salah berkongsi pengalaman yang kita ada, samada berbayar atau percuma. Supaya apa yang kita tahu mampu memberi manfaat kepada semua.
Dapatkan air bersih apabila menggunakan penulen air Elken
Seloka Kait
Kata nenek: Ambillah duit tu, saya boleh kumpul semula melalui hasil jualan kait saya. |
Iklan:
Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab.
Label: Catatan Harian
1 Ulasan:
Takkan habis pun ilmu si pengajar kalau mengajar orang lain kan, dapat pahala lagi tu. Tapi biasalah bukan semua orang sudi nak perturunkan ilmu dia, ye tak. Apapun seronok tengok Dila mengait. Saya teringin jugak nak try tapi asyik bertangguh je. Huhu.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama