Kasut Kait daripada granny square untuk Aisyah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Hampir 3 hari, Aisyah demam, apabila demam mula nak berkepit, tak bagi ibu buat kerja. Tak menangis, tapi nak berpeluk dan bermain dengan dia. Beberapa hari ini, di Selayang asyik hujan sahaja, sejuk bukan main. Kaki Aisyah terasa sejuk seolah-olah baru sahaja direndam dalam ais. Jadi hari ini terpaksa lupakan projek granny square, kait dahulu selipar untuk Aisyah. Masih dalam cuba-cuba dan banyak kesilapan dan masih tak kemas. Macam kelakar pun ada kan, model tengah nyenyak tidur.


Tapi, memang walaupun sudah pakar dalam asas kait, tetap perlukan kesabaran mengait apa sahaja termasuklah kasut, bunga dan lain-lain lagi. Yang penting sabar dan tekun mengait pasti jadi. Ilham kait kasut ini saya ambil daripada blogger Russia, ravliki tak paham pun apa yang ditafsirkan dalam bahasa Inggeris. Istilah kait dalam Rusia memang sukar difahami kecuali kalau ada dalam bentuk simbol. 

Paten granny square ini, saya pernah tulis dalam blog saya, boleh rujuk granny square oh granny square. Granny square ini dicantum menggunakan teknik whip stitch (jahitan sembat), dan saya hanya memerlukan 5 keping granny square sahaja untuk sebelah kasut. 

Hobi mengait memang sangat mencabar, tapi yakinkan diri untuk teruskan supaya kita dapat hasil yang menarik dan membanggakan. Hari ini, tak kemas, cuba lagi dan cuba lagi sampai kemas. Kita tak berjaya bukan kerana tiada bakat tapi cuma tak biasa, jadi biasa-biasakan, dengan mencuba sampai berjaya. Kita gagal bukan kerana kita tak mampu, cuba mungkin kita terlalu pentingkan kesempurnaan. Tutup mata dan tutup telinga sahaja, buat sahaja walaupun pada mulanya tak berjaya, kutip seberapa pengalaman yang boleh dapat daripada kegagalan. Dan gunakan pengalaman itu, untuk paham apa yang perlukan kita lakukan untuk berjaya. Selamat tinggal jumpa lagi. 

Psst..Nak cuba masak nasi arab sendiri, tapi tak tahu nak dapatkan rempah? Boleh beli dengan saya, satu kotak siap satu set beras basmathy dan rempah nasi arab. Senang tapi bawang, ayam, tomato, anda yang sediakan ye..

No. Tel: 019-3559480
atau pm di FB rasmi saya: dalilayusof



Ulasan