Projek jahit baju peasant dress

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahirahmanirahim....

Sudah lama tak berblogging rasanya tak , susah pula nak mulakan. Jadi lepas ini, wajib teruskan blog tanpa ada alasan nanti berat nak mulakan lagi. hu..hu...Hari ini, nak ceritakan serba sedikit projek raya yang saya buat sepanjang bulan ramadhan yang lepas.

Projek raya saya bermula dengan menjahit baju untuk tiga anak dara pingitan saya. Memang rancang  nak buat baju sahaja tak terfikir nak buat seluar atau kain. Anak-anak saya sedang belajar meneroka dunia mereka, melompat, memanjat dan berlari itu adalah satu yang normal bagi mereka. 

Saya memang langsung tak pernah belajar menjahit baju daripada sesiapa pun, hanya bergantung sepenuhnya dengan internet. Saya belajar daripada blog once upon a sewing machine, sudah siap dengan paten hanya tinggal untuk print dan tekap pada kain, dan gunting, sudah siap untuk dijahit. Terdapat pelbagai saiz daripada saiz 1-4 tahun. Sesuai untuk mereka yang baru nak belajar menjahit, terutama surirumah yang tak boleh meninggalkan anak-anak yang masih kecil semata-mata nak belajar menjahit. Ya, di zaman kecanggihan teknologi ini, tiada lagi istilah katak bawah tempurung untuk surirumah. Manfaatkan ilmu yang kita boleh pelajari menggunakan internet tanpa perlu keluar rumah. 

Meskipun, kebanyakan blogger luar negara menulis dalam Bahasa Inggeris, kelebihan bagi surirumah yang memegang ijazah dan diploma untuk memahaminya. Tak sia-sia sebenarnya ilmu yang kita pelajari di universiti, asalkan kita tahu menggunakannya di mana-mana sahaja. Ilmu untuk diamalkan bukan untuk dibanggakan. 

Meskipun, patennya percuma namun anda perlu ubahsuai mengikut saiz anak anda. Bagi saya saya perlu lebarkan sedikit di bahagian ketiak kerana tersangat sempit untuk memasukkan tangan. Selain itu, lebihkan sedikit dalam 1/2 inci daripada ukuran paten, untuk memudahkan anda menjahit kelak. 

Adakala saya seronok menjahit daripada mengait, kerana hasilnya cepat disiapkan berbanding hobi mengait. Namun, kedua-duanya memberikan kepuasan yang tak terhingga buat saya. Sebenarnya, bosan jika kita, surirumah hanya menjaga anak di rumah. Kerja memang tak pernah habis, namun kita tetap mengimpikan mempunyai duit sendiri, berkerjaya seperti wanita lain. Namun, pada masa sama mahu anak terdidik sempurna, jadi pilihlah bekerja dari rumah. Penat memang penat, lebih penat daripada bekerja makan gaji. tapi tiada apa yang dapat menggantikan  kepuasan melihat anak tersenyum riang di depan mata. 

Salam sayang buat pembaca, jumpa lagi ada banyak yang saya ingin kongsikan, banyak jugak projek yang lakukan. 

Iklan sebentar: 

Raya-raya ni jangan minum sangat minuman bergas atau ais, perbanyakkan air kosong. Nanti, sakit pulak musim raya ni, peringatan diri yang asyik minum ais, pantang nampak. hu2.  Pastikan air yang diminum air yang bersih, berminat nak dapatkan mesin penulen air Bio Pure Elken, boleh hubungi Pn. Zainab Awang, 0192621399.

Dapatkan keterangan lebit lanjut dengan dalila elken





.

Ulasan

Catat Ulasan