Jumaat, 12 September 2014

Kait alas kaki guna benang tshirt

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Selamat tengahari buat pembaca sekalian, hari ini saya ingin kongsikan hasil kait saya, alas kaki menggunakan benang yang saya buat sendiri daripada tshirt. Saya gunakan lebih kurang 5-6 helai baju tshirt buruk untuk menghasilkan alas kaki ini.  Sebelum ini, saya ada kongsikan nota saya, tutorial membuat benang tshirt boleh rujuk entri tukar tshirt jadi benang..

Projek ini saya gunakan paten daripada youtube ini kerana mudah difahami. Cabarannya? Mungkin saya menggunakan jarum bersaiz 8 mm sahaja. Mungkin tak berapa sesuai dengan benang jenis ini. Terasa lambat sahaja nak membuatnya. Saya cuba cari jarum yang bersaiz lebih besar daripda itu namun gagal. hu..hu..





Satu lagi cabarannya, perlu hati-hati ketika proses mengunting tshirt menjadi benang. Perlu lihat ketebalan tshirt anda, jika nipis, gunting setiap lebar jalur lebih daripada 1 1/2 inci supaya tak mudah putus ketika dikait. Apa apa pun pertama sekali kita perlu banyak bereksperimentasi dengan benang tshirt ini, supaya benar-benar faham tentang cara mengaitnya. Agak sukar juga mengait mengunakan benang tshirt buatan sendiri kerana material tshirt berbeza-beza. Ada yang nipis ada yang tebal. Huish kalau nak beli mahal juga rupanya benang tshirt ada yang mencecah ratusan ringgit. Baik saya buat sendiri. Projek ini terhenti sebab saya malas nak pergi cari tshirt lagi...he...he....Tapi saya suka projek ini, saya dah dapat 2 helai alas kaki  sendiri!

Aduih penyakit suka kait dan tinggal menjadi-jadi, maaf ya kumpulan kait, saya letak entri terus saya lari. Sebabnya nanti saya meroyan lihat hasil kait orang lain, saya nak mencuba pula. h...hu....Sekarang dalam proses menyiapkan projek kait bulan september yang tertangguh aduiih...Salam sayang buat pembaca jumpa lagi. 




Iklan: 

Ini hasil kait saya untuk mengantung tuala dapur. Mudah dijaga boleh basuh dalam mesin basuh. 
Berminat boleh hubungi saya di Fb rasmi saya dalilayusof. Harga satu penyangkut tuala hanya RM 14 termasuk pos laju. 



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama