Kenapa saya suka mengait dan berblogging
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....
Selamat pagi pembaca sekalian, semoga anda sentiasa sihat dan sejahtera di mana sahaja anda berada. Hari ini saya ingin berkongsi faktor pendorong saya berjinak-jinak dengan hobi mengait dan berblogging.
- Bosan berada di rumah.
Status sebagai surirumahtangga, menghadap anak 24 jam, teriakan dan tangisan si kecil membuat adakala saya tertekan. Terkurung di rumah bersama anak-anak yang masih bergantung 24 jam dengan saya, adakala membuat saya lemas dan rimas. Ya, mereka anugerah tak ternilai, jangan dilupa surirumah adalah manusia biasa perlukan masa untuk diri sendiri. Adakala, mereka juga perlukan sesuatu untuk melepaskan tekanan. Setiap pekerjaan tak kira surirumah atau wanita yang bekerja makan gaji ada cabarannya tersendiri.
Pada mulanya saya cuba menjahit sarung bantal dan tilam, menjahit kasut bayi menggunakan felt. Ada yang menjadi, ada yang mengecewakan. Bimbang dengan jarum yang bersepah, saya beralih arah kepada mengait jarum satu. Kelebihan hobi ini, saya mampu mengait di mana sahaja, lagi pun jarum kait selamat, dan tak tajam.
Antara produk kait yang saya buat pada permulaan, topi kait. Saya mempunyai 3 anak dara pingitan ini menambahkan lagi semangat saya untuk mengait pelbagai aksesori untuk anak-anak saya.
- Keinginan ingin bekerja
Sebelum ini, saya dah pernah merasa seronoknya apabila mampu memmegang duit sendiri, seronok sangat apabila waktu gaji beratur mengeluarkan duit. Duit penat bekerja, bahu lenguh. Mungkin rezeki saya Allah bagi pada anak-anak, mudah sungguh mengandung. Keinginan nak bekerja cukup kuat, tapi pelbagai kes penderaan membuatkan saya menenggelamkan semangat untuk bekerja.
Saya teringin membuat sesuatu, jadi saya mulakan hobi mengait ini. Mulanya suami pun tak yakin, dah tengok hasilnya. Macam-macam disuruhnya. Pening kepala mak cik dibuatnya. Tak mengapa kita mulakan sedikit demi sedikit, supaya apabila anak sudah besar, kita boleh tumpukan perhatian pada perniagaan yang semakin berkembang. Betul penat, tapi semuanya pengorbannan yang perlu dibuat untuk melangkah lebih jauh. Sekurang-kurangnya kelak saya tak terlalu rindukan anak yang jauh di mata kelak, sibuk dengan perniagaan sahaja.

- Berblogging
Jika dilihat crocheter luar negara yang yang mempunyai blog mereka sangat hebat. Cemburu melihat kehebatan mereka dan suka meniruvasi cara mereka menulis paten serta menulis blog. Insyaallah saya akan buat satu-satu, setiap projek saya akan tulis di blog. Ini memudahkan saya menulis nota dan menempek nota-nota crocheter. Biasanya, saya ni pelupa orangnya, melalui blog saya dapat kumpulkan paten dan mudah mencari apabila ingin menggunakannya.
Sekian dulu ya. nanti bersambung lagi.Saya nak membuat kerja yang begitu banyak tertunggak. Laju-laju mengemas rumah, mengait dan melayan karenah kanak-kanak riang.
Label: Catatan Harian
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama