Pengaruh kuat seorang ibu...

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, masih lagi tempahan teddy bear, lambat sebabnya terkial-kial melihat paten. Adui...kesian tuannya, tak mengapa kait banyak kali biar laju macam cahaya hasilnya. Seingat dahulu, sewaktu kecil, emak saya, seorang surirumah suka menghias rumah dengan hasil kaitnya. Kata emak, dulu-dulu orang sangat kedekut dengan ilmunya, tak macam sekarang semuanya boleh dipelajari menggunakan internet. Terasa bertuah kan, tapi saya ambil masa untuk mahir dalam mengait lebih setahun, menangis juga nak menyiapkan kaitan.

Dulu-dulu, mak suka mengait bunga, alas peti sejuk dan pelbagai perhiasan lain. Berminat jugak nak mengait tapi mak selalu marah, katanya belajar rajin-rajin boleh kerja nanti tak susah macam mak. Macam-macam lagi mak kata, boleh berdikari tanpa harapkan suami. Tapi, saya jadi juga surirumah semata-mata nak jaga 3 orang budak baik dan comel ni. he..he...

Tapi apa yang saya perhatikan, ketiga-tiga anak saya juga menunjukkan minat yang sama untuk meniru apa sahaja yang saya lakukan, mengait. Mereka suka ambil benang dengan jarum kait, cuba buat apa yang saya buat. Budak-budak ni memang perangainya begitu. Nantilah suatu hari nanti ada masa saya akan ajar mereka. Waktu beginilah, mereka mudah menyerap ilmu yang diajar. Di barat, kanak-kanak sejak kecil lagi diajar pelbagai kemahiran. Antara sebab ramai cerdik pandai di sana, mereka dilatih untuk berdikari sejak kecil.

 Namun, di Malaysia, kebanyakkan ibu bapa jika anak ingin menolong di dapur di anggap penyibuk dan membuat sepah termasuklah saya, ha..ha.... Ada yang merasa geli jika memakan masakan budak kecil. Tapi, kita wajar memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka dunia ini dengan penuh keriangan. Bukan beerti kita biarkan mereka membuat sesuka hati. tapi ajari mereka bagaimana melakukan sesuatu, memasak, mengemas dan pelbagai kemahiran yang lain. Mereka juga ada perasaan seperti kita mudah bosan jika disuruh diam sahaja. Kita tak tahu potensi mereka jika kita sebagai ibubapa tidak meneroka dan mengalakkan mereka untuk mencuba membuat sesuatu. Hakikatnya, kita tak mampu nak sabar sewaktu mengajar anak, tapi apabila lihat perkembangan dan hasilnya, mereka belajar dengan pantas sewaktu kecil. Jangan terkejut jika mereka jadi lebih bagus daripada kita.

Seorang ibu yang baik, bukanlah tak pernah memarahi anaknya, bukan juga membiarkan anaknya melakukan sesuatu tanpa menujukkan yang baik dan buruk. Tapi seorang ibu yang baik, berusaha mengajar anaknya berdikari, melakukan semuanya sendiri, supaya anaknya mampu berdikari tanpanya kelak. Dia pasti ilmu yang dibekal kepada anaknya kelak, mampu menjaga anaknya lebih baik walaupun tanpa kehadirannya di sisi. Anak kita bukan boneka, tapi manusia berperasaan, walaupun kita yang melahirkannya, tapi kita tak mampu menolong dia menghadapi hidup yang kian mencabar. Semoga kita berjaya mendidik anak menjadi lebih baik daripada kita.


Iklan sekejap ya:

Jika ingin memulakan perniagaan daripada rumah, gunakan blog medium pemasaran yang lebih luas. Belajar membuat blog untuk perniagaan anda, tak perlu website yang canggih dan menarik. Bina pengaruh yang baik menggunakan internet. Akademi Bekerja Dari Rumah, menawarkan kelas online untuk blog perniagaan, sudah pandai boleh buka kedai online seberapa banyak yang anda suka.


Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda.




Ulasan