Selasa, 28 Oktober 2014

Projek amigurumi pertama

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualikum dan selmat sejahtera buat pembaca sekalian, hampir 2 minggu menyiapkan teddy bear ke dua ini. Penat hilang apabila melihat kecomelan si teddy bear. Saya ambilpaten percuma daripada sini littleyarnfriends. Ramai yang bertanya bagaimana boleh mengait teddy bear dan baju  menggunakan benang. Saya jawab di sini ya uttuk tatapan semua.


Perkara paling penting, kenali asas dahulu, single crochet, double crochet, half double crochet, dan slip knot. Hadam semua asas mengaitr, pusing-pusing di situ juga, seperti asas membaca kita perlu kenal ABC kemudian tahu cara menyebutnya. Daripada situ, kita mampu membaca pelbagai buku.


Permulaan mengait memang tidak kemas, kerana anda tak biasa mengait, itu adalah normal. Waktu belajar membaca juga begitu, merangkak-rangkak, dan sampai satu tahap kita mampu membaca dengan laju.

Baiklah di sini sahaja omelan saya. Jika anda berminat untuk menndapatkan patung teddy bear kait ini. Jangan segan-segan hubungi saya. Tempoh untuk menyiapkan dalam 2 minggu, kalau lebih saya beri hadiah percuma.


Boleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama