Resepi kek kukus coklat guna kuali aje...3

Teks; Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

"Ibu nak kek coklat"

Hampir setiap hari, Sara meminta buat kek coklat. Kalau beli tak puas, RM 10 je dapat bekas kecil, sekali makan je dah habis. Makin besar, makin kuat makan pula kanak-kanak ni termasuk bapak budak. Hari itu, pergi ke  kedai Mr DIY jumpa dan terus beli piring pengukus ni siap ada kaki sekali, tak sampai 10 ringgit pun yang paling kecil. Paling besar boleh mencecah dalam RM 13 ringgitla. Baru pindah rumah, memang banyak tak de, beli sikit dululah, tak mampu nak beli sekali rap. 



Pring pengukus

Penutup kuali ni pula beli kat NSK, tak sampai RM 10 pun. Ok barang dah cukup boleh mengukus dengan jayanya, hua...hua.... Pengukus ni bukan sahaja boleh buat kukus kek, boleh buat kukus ikan, kukus kuih dan macam-macam mengikut kreativiti masing-masing. 
Penutup kuali
Saya kongsikan resepi kek kukus yang sedap ni, dah nak habis pun makan. 


Resepi Kek Kukus Coklat daripada mamanurdini

Bahan-bahannya: 

  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan minyak 
  • 1 cawan susu( bancuh pakai susu anak je ha ha) 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur dipukul sedikit 
Bahan untuk dicampur dan diayak bersama.
  • 1 1/4 cawan tepung 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara-cara: 

  • Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu cair dan minyak dalam periuk kemudian masak dengan api yang kecil, kacau hingga gula cair dan sebati, tak perlu didihkan. 
  • matikan api, biarkan suam, ketepikan dahulu.
  • Boleh mula memanaskan air dalam kuali. 
  • Masukkan susu pekat ke dalam adunan yang telah menjadi suam sebentar tadi, gaul rata.  
  • Selepas itu, masukkan telur dan gaul sebati. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul sehingga sebati. 
  •  Masukkan adunan kek, tak lebih daripada 1/2 acuan yang digunakan. Acuan akan mengembang  ( boleh letak krim coklat banyak-banyak). Tutup kek dengan plastik atau penutup bekas supaya air  tak masuk dalam kek. 
  • Kukus dalam setengah jam, ( cucuk kek dengan garpu atau lidi kalau lidi bersih maknanya sudah masak.) 
  • Tara..siap sedia untuk dihabiskan.

    Resepi coklat topping  daripada cikmatahariku

    Cara menyediakan topping: 

    1 cawan susu pekat
    1 sudu makan serbuk koko
    2 sudu mentega. 

    Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau perlahan sehingga sebati dan larut dan 
    tutup api, apabila sudah mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek
     coklat. Boleh hiaskan dengan coklat urai.  


Sedap wei..dah banyak kali buat memang kegemaran anak-anak. Silalah cuba, sepatutnya dah siarkan entri semalam tapi takpelah, janji siarkan...he..he...


Ulasan