Jumaat, 28 November 2014

Cara mengait topi menggunakan carta pengukuran

Teeks: Dalila yusof
Bismillahirahmanirahim...


Ini projek yang perlu dilakukan dengan segera mengait topi untuk kelahiran anak buah kedua keluarga suami, agak sukar juga sebab empunya topi tiada di depan mata, jadi kita tanya cik google sahaja. Berhenti sekejap la, untuk si amigurumi ya. 


Mengikut bevscountrycottage, topi kait perlu dibuat kecil sedikit daripada ukuran ukurlilit kepala,  kira-kira 1-1/2 ", topi sepatutnya boleh meregang dan ukuran saiz bukanlah sains yang tepat. Topi akan muat dengan elok dan topi tidak longgar. 


Untuk perkhidmatan sewa kereta MPV Inova dan Hiace  sepanjang cuti sekolah boleh rujuk di sini Sewa kereta Inova dan Hiace

Formula bagi pengiraan tapak bulatan topi: 

Diameter tapak topi= (n ukurlilit/3.14)- 1 inch n= nombor ukurlilit




Contoh pengukuran pada tapak topi: 



Formula bagi tinggi topi daripada atas tapak topi hingga bawah telinga:

Tinggi topi= (y ukurlilit/10) x 4, y=ukuran ukurlilit




Sumber gambar: http://www.woollywormhead.com/sizing/


Contoh pengukuran tinggi pada topi.


Itu hanya contoh bagaimana mengukur tapak bulatan dan tinggi topi. Boleh rujuk carta pengukuran tapak bulatan dan tinggi topi daripada anniespictureperfect.Tapi lebih baik ukur di kepala tuan empunya badan, samada hanya menggunakan benang atau tali pengukur untuk mendapatkan ukuran yang tepat. 

Berminat bekerja dari rumah, mulakan dengan dropship atau produk sendiri. Belajar dengan kami cara pemasaran secara online, dapatkan Pakej Mampu Milik.

 Rujukan:
http://idealdelusions.blogspot.com/p/head-sizes-for-crochet-hats-newborn.html
http://anniespictureperfect.blogspot.com/2013/01/how-to-properly-size-crochet-hats-chart.html
http://crochetincolor.blogspot.com/2012/06/trying-to-customize-hat-sizes.html
http://www.bevscountrycottage.com/size-chart.html

Label:

Rabu, 12 November 2014

Teknik mengait bulatan(circle)

Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahmin


Hari ini saya ingin kongsikan teknik mengait bulatan (circle). Terdapat dua cara mengait bulatan iaitu:
crochetgeek

1. Bulatan (round)-Menyambung setiap permulaan setiap baris menggunakan slip stitch.

  • Menyambung di setiap baris-mula mengait di setiap kaitan yang sama dengan sambungan sl st.
  • Menyambung di setiap baris-mula mengait di kaitan selepas sambungan sl st. 

2. Lingkaran atau berterusan (spiral or continual) - Tiada sambungan, mengait secara berterusan.

Kebiasaannnya, mengait amigurumi menggunakan teknik lingkaran jadi tiada cantuman yang akan kelihatan. Nampak kemas dan cantik.


Mengait lingkaran (spiral)

Illustrasi ini daripada blogger lookatwhatimade. Apabila menggunakan teknik lingkaran ini setiap baris tiada penyambungan permulaan dan pengakhiran. Kaitan adalah berterusan, kaitan pertama setiap baris dikait pada setiap kaitan pertama baris yang sebelumnya. 

Cadangan
Teknik ini sangat mengelirukan apabila ingin memulakan baris yang baru, tak tahu mana yang hujung dan bermula. Jadi sangat penting kita menggunakan penanda kaitan (running stitch marker). Jika mengait tuib, tidak mengapa. Tapi jika mengait sesuatu yang berbentuk  seperti amigurumi, bola memang boleh gangguan mental. 
Contoh bagi penggunaan teknik mengait lingkaran:
  1. Ch 15.  Jangan pusing dan jangan sambung. Teruskan menyambung sekeliling, kait kaitan pertama pada baris seterusnya dalam kaitan pertama baris kini.   
  2. 15 x sc.  {15}
  3. 15 x sc.  {15}
Kaedah
Selepas mengait chain asas (baris pertama untuk sebarang paten kait-rujuk gambar pertama),masukkan jarum pada chain pertama (kaitan yang paling jauh daripada jarum-rujuk gambar 2) kemudian buat satu sc seperti dalam gambar 3. 
Picture121 How to Crochet in the Round:  Spiral vs Joining
JIka kita menggunakan teknik ini dan menggunakan secebis benang sebagai penanda kaitan, kita hanya akan mula menanda pada penghujung baris 2, tiada apa yang boleh memegang benang pada tempatnya pada penghujung baris 1. Teruskan mengait dalam baris ke 2 seperti yang diarahkan dalam paten. Kaitan akhir pada baris ke 2 akan berada pada kaitan terakhir pada chain asas tadi(gambar ke 4)

Sebelum mulakan baris berikutnya, letakkan cebisan benang diatas kaitan (gambar ke 5). Teruskan mengait baris seterusnya, mulakan dengan kaitan yang berikutnya, yang mana kaitan pertama pada baris ke 2. 

Picture13 How to Crochet in the Round:  Spiral vs Joining
Teruskan mengait sekeliling,  Kait kaitan pertama pada setiap baris dalam kaitan pertama daripada baris sebelumnya. Setiasa tandakan kaitan pertama setiap baris dengan meletakan penanda kaitan ke depan dan ke belakang sebelum memulakan mengai kaitan pertama rujuk gamar 7 dan 8. 
Picture14 How to Crochet in the Round:  Spiral vs Joining
Apabila menggunakan teknik lingkaran, hasil kaitan tidak akan mempunyai kelim, nampak licin sahaja. Penanda kaitan akan menunujukkan setiap permulaan baris. Kita boleh nampak, kelim sedikit mencondong sedikit  ke kanan selari dengan hasil kaitan. 
Picture151 How to Crochet in the Round:  Spiral vs Joining
Pro.
Teknik spiral adalah sangat mudah. Tiada sambungan dan tiada kecelaruan. Selagi kita sentiasa menanda setiap permulaan baris baru menggunakan penanda kaitan.

Kontra
Malangnya walaupun tanpa kelim, teknik ini meninggalkan bonggolan (bump) pada permulaan dan penghujung kaitan. Ini tidak memberikan apa-apa perubahan walaupun kepingan kait dicantum dengan kepingan kait yang lain. 

Cara Mengatasinya
Kebiasaannya setiap paten akan memberi arahan untuk sl st pada kaitan seterusnya. Ataupun boleh juga langkau satu kaitan baru sl st kaitan yang seterusnya. Kemudian, lebihan benang diselit-selitkan ke dalam kaitan untuk menjadikan lebih selamat.

Bersambung....

Iklan: Masih lagi promosi Pakej Mampu Milik

Jika ingin memulakan perniagaan daripada rumah, gunakan blog medium pemasaran yang lebih luas. Belajar membuat blog untuk perniagaan anda, tak perlu website yang canggih dan menarik. Bina pengaruh yang baik menggunakan internet. Akademi Bekerja Dari Rumah, menawarkan kelas online untuk blog perniagaan, sudah pandai boleh buka kedai online seberapa banyak yang anda suka.


Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda.




Label:

Isnin, 10 November 2014

Usaha yang berterusan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kadang-kadang kita rasa tak mampu lakukan sesuatu, kita tak yakin. Tambah-tambah orang sekeliling mengejek, mencerca usaha kita. Kita paksa diri melangkah walaupun dengan penuh longlai. Badan terasa penat, otak makin bercelaru.

Tapi usaha kita tak terhenti, sampai satu tahap apabila kita sudah nampak sedikit perubahan kita berlari dengan penuh semangat. Menuju ke garisan penamat. Jawapan pertanyaan bagaimana nak buat hanya terjawab apabila kita tak putus asa berusaha.




and keep crocheting.

Label: