Cara mengait topi menggunakan carta pengukuran

Teeks: Dalila yusof
Bismillahirahmanirahim...


Ini projek yang perlu dilakukan dengan segera mengait topi untuk kelahiran anak buah kedua keluarga suami, agak sukar juga sebab empunya topi tiada di depan mata, jadi kita tanya cik google sahaja. Berhenti sekejap la, untuk si amigurumi ya. 


Mengikut bevscountrycottage, topi kait perlu dibuat kecil sedikit daripada ukuran ukurlilit kepala,  kira-kira 1-1/2 ", topi sepatutnya boleh meregang dan ukuran saiz bukanlah sains yang tepat. Topi akan muat dengan elok dan topi tidak longgar. 


Untuk perkhidmatan sewa kereta MPV Inova dan Hiace  sepanjang cuti sekolah boleh rujuk di sini Sewa kereta Inova dan Hiace

Formula bagi pengiraan tapak bulatan topi: 

Diameter tapak topi= (n ukurlilit/3.14)- 1 inch n= nombor ukurlilit




Contoh pengukuran pada tapak topi: 



Formula bagi tinggi topi daripada atas tapak topi hingga bawah telinga:

Tinggi topi= (y ukurlilit/10) x 4, y=ukuran ukurlilit




Sumber gambar: http://www.woollywormhead.com/sizing/


Contoh pengukuran tinggi pada topi.


Itu hanya contoh bagaimana mengukur tapak bulatan dan tinggi topi. Boleh rujuk carta pengukuran tapak bulatan dan tinggi topi daripada anniespictureperfect.Tapi lebih baik ukur di kepala tuan empunya badan, samada hanya menggunakan benang atau tali pengukur untuk mendapatkan ukuran yang tepat. 

Berminat bekerja dari rumah, mulakan dengan dropship atau produk sendiri. Belajar dengan kami cara pemasaran secara online, dapatkan Pakej Mampu Milik.

 Rujukan:
http://idealdelusions.blogspot.com/p/head-sizes-for-crochet-hats-newborn.html
http://anniespictureperfect.blogspot.com/2013/01/how-to-properly-size-crochet-hats-chart.html
http://crochetincolor.blogspot.com/2012/06/trying-to-customize-hat-sizes.html
http://www.bevscountrycottage.com/size-chart.html

Ulasan