Selasa, 28 April 2015

Alas para, kait untuk bilik belajar

Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim...


Lagi sebulan lebih nak puasa, sudah tentulah puasa ni lagi sibuk, nak siapkan juadah berbuka, nak buat tu buat ni. Mood kadang-kadang ke laut. Paksa juga diri, mengait alas para untuk bilik belajar cik suami.

Sebenarnya ini projek tertungak jadi, sebab itulah projek ini mampu disiapkan dalam 3 hari sahaja. Nampaklah, serinya apabila dihias bukan mudah nak hias rumah, apabila kita baru belajar. Jadi belasah sahaja, cantik tak cantik belakang kira. Sikit-sikit, nanti idea akan datang. Idea takkan datang kalau berterusan termenung dan mencari idea di internet. Kena paksa juga diri  kalau tak sampai tak sudah, angan-angan mat jenin.


Label:

Isnin, 27 April 2015

Diy Beg Tangan daripada jeans

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Bersemangat nak siapkan beg, banyak seluar jeans yang koyak rabak, jadi gunakan untuk proses penjimatan, Jimat-jimat pun jimat, beg baru pun dapat walaupun taklah secantik kat kedai. Yang pasti apabila jahit sendiri boleh nak design macam yang kita suka.



Saya belajar daripada youtube, main belasah je, janji macam bag, kan..kan...


Tabiat baru sekarang suka minta jeans daripada keluarga, sebab suka jahit beg jeans ni. Mahal wo..kalau beli kat kedai. Boleh mencecah ratusan tau tak.  Apabila dah pandai rasa teruja nak buat banyak, memang lah susah dan senget benget, tapi seronok jugak dapat tengok hasilnya. 




Label:

Rabu, 22 April 2015

Pencil Case untuk Suami

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Semalam menyiapkan pencil case untuk cik abang, temanya suka ati. Jadi suka hatilah kaitkan apilak tengkorak untuk jadi hiasan pada pencil case itu. Ha..ha barulah nampak ganazz...

Rutin harian WAHM




Tutorial sepenuhnya boleh download dalam raverly ya, tak berani la pula nak salin balik, nanti kena babap pula nanti. Sudah siap bolehla tempek pada pencil case atau ikut kreativiti anda ya.




Ala, gambarnya tak cantik maaflah amatur sahaja, perlukan latihan berkali-kali untuk menjadi cantik. 

Ganazzz kan..kan..





Label:

Sabtu, 11 April 2015

Tutorial apilak untuk kereta

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kongsikan cara membuat apilak kereta sesuai untuk buku aktiviti kanak-kanak, topi atau apa sahaja mengikut kreativiti anda. Tutorial ini daripada Mammy Made, terima kasih atas idea yang bernas ya.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan
Salah satu projek buku senyap cik Ecah, sukalah dia saya buat benda ni. Boleh tampal-tampal, saya juga ada kaitkan perkataan "car" untuk anak-anak mengeja. Anak-anak suka belajar begini, bukan senang nak suruh anak belajar. Nanti saya kongsikan pula bagaimana saya mengait abjad "car" ye.

Cara-cara mengait appilque kereta, anda memerlukan:

3.5mm jarum kait
Benang kesukaan anda.
Jarum jahit


Badan kereta:
1. Gunakan warna benang utama, ch 14, sc pada chain kedua daripada jarum dan kait hingga hujung baris. (13)
2. ch 1, pusing, sctog, sc hingga ke 2 kaitan terakhir, sc2tog (11)
3. Ulang langkah (2). (9)
4. Ch 1, pusing, sc hingga hujung baris. (9)

Testimoni kelas asas blog daripada protege ABDR, Pn Nur Shazwani.

5. ch 11, pusing , ss pada turning ch pada bahagian bertentangan.
6. ch 1, jangan pusing , sc pada kaitan yang sama, kemudian teruskan sc hingga bahagian paling pendek kereta, buat 3 sc di bahagian penjuru, sc pada bahagian yang panjang, 3 sc pada sudut tepi, (kait sekata pada bahagian yang pendek kedua).


10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah.




7.  Kait 11 scs pada sekeliling ch 11, sambung  sl st  pada sc pertama, matikan benang dan perkemaskannnya.

8. Sambungkan benang pada ch ke 5 pada baris ke , gunakan 2 lapisan benang, ch 3 untuk mendapatkan  chain yang tebal, matikan benang, tinggalkan 2 ekor benang. Gunakan benang jahit untuk menjahit chain tadi pada bahagian atas kereta (di tengah-tengah), perkemaskan jahitan. 

Jangan lupa rekod setiap urusan jual beli.

Roda pula, (kait 2 roda)

1. Gunakan warna yang berbeza, buat magic loop, ch 3, kait 11 dc pada loop, sambungkan sl st pada atas ch 3 (12). 
2. Matikan benang, tinggalkan ekor benang yang panjang untuk jahit pada kereta. 
3. Ulang pada roda ke dua.

Jahitkan roda pada bahagian tengah kereta. Siap..boleh ditampal di mana sahaja ikut kreativiti anda, tutorial asal daripada Mammy Made. Rajin-rajin kunjungilah bog tersebut banyak paten percuma boleh dipelajari.

Label:

Rabu, 8 April 2015

Projek kait satu hari.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Semalam bertungkus lumus siapkan bahan untuk buat buku senyap, buku aktiviti anak. Susah juga nak buat. Adalah dalam 2 muka surat baru siap. Banyak juga kerja tak siap, rasa pening tengok anak-anak tiada aktiviti jadi terfikir nak buat queit book ni untuk mereka.



Seronok anak-anak main tampal-tampal. Seronok main gam gamaknyar, suka dapat tampal-tampal dalam buku, buat seorang satu.


Ada banyak lagi nak buat, nantila satu-satu saya tunjukkan. 

Label:

Paten sundress yang sangat mudah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari tu, saya jahit baju yang sangat simple untuk cik ecah. Mungkin masa ukur tu, waktu dah mamai, dah siap jahit , baru ingat lupa nak gunting termasuk untuk basikan, dalam 1/2 inci. Hadui memangla terkecik sangat baju tu. Jadi macam kecil sangat. Kalau kita tengok dalam video tutorial di youtube dan blog, jarang paten suruh dibasikan. Jadi orang yang betul-betul kosong dalam jahitan akan buat kesilapan ini. Maca saya dulu-dulu, lepas ini kena lagi beringatlah, lebihkan 1/2 inci untuk basikan baju.







dress for beginner


Baju ni buat pengajaran, supaya tak buat lagi masa hadapan. jadi rujukan untuk menjahit.


Label:

Ahad, 5 April 2015

Paten jahit wallet daripada jeans.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Wallet dah koyak, nak beli memanglah murah, setakat RM 10 je. Tapi kalau boleh buat sendiri, baik buat terus , boleh buat design yang kita nakkan. Jeans ada yang dah tak muat, makin mengembang pula badan ni. Saya terus, potong jeans ikut tutorial daripada blog verypurpleperson.
Tips mula bisnes tanpa modal


Seronoknya, apabila dah siapkan. Puas hati, walaupun tak cantik dan kemas macam di kedai tu. Ala buatlah banyak kali, nantik cantikla tu. Waktu mula-mula potong kain tu, cik abang pandang sahaja tengok jeans yang dibbeli mahal-mahal, bini dia gunting-gunting buat dompet. "Bukan mahal ke abang beli ni"? tanya cik abang,
Tips suri bekerja dari rumah jaga emosi.


Sebelum ni, dah tanya banyak kali pun, boleh tak jahit jeans tu jadi beg. Mungkin terkedu sebentar, tengok jeans pemberiannya digunting-gunting. Sekali dah siap gunting, siap jahit boleh pula order pencil case dan dompet satu. ceh..

Apa kata pelajar ABDR tentang kelas Asas Blog kami

Label: