Paten jahit wallet daripada jeans.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Wallet dah koyak, nak beli memanglah murah, setakat RM 10 je. Tapi kalau boleh buat sendiri, baik buat terus , boleh buat design yang kita nakkan. Jeans ada yang dah tak muat, makin mengembang pula badan ni. Saya terus, potong jeans ikut tutorial daripada blog verypurpleperson.
Tips mula bisnes tanpa modal
Seronoknya, apabila dah siapkan. Puas hati, walaupun tak cantik dan kemas macam di kedai tu. Ala buatlah banyak kali, nantik cantikla tu. Waktu mula-mula potong kain tu, cik abang pandang sahaja tengok jeans yang dibbeli mahal-mahal, bini dia gunting-gunting buat dompet. "Bukan mahal ke abang beli ni"? tanya cik abang,
Tips suri bekerja dari rumah jaga emosi.
Sebelum ni, dah tanya banyak kali pun, boleh tak jahit jeans tu jadi beg. Mungkin terkedu sebentar, tengok jeans pemberiannya digunting-gunting. Sekali dah siap gunting, siap jahit boleh pula order pencil case dan dompet satu. ceh..
Apa kata pelajar ABDR tentang kelas Asas Blog kami
Label: Menjahit la pulak
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama