Projek kait jambangan bunga ros.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Antara projek raya yang saya buat adalah mengait jambangan bunga ros. Rumah dah macam kandang kambing, yela dengan contengan dinding anak-anak membuatkan ibu bertambah tertekan. Rumah dah macam tongkang pecah, pereka hiasan dalaman saya baru nak belajar menghias dinding. Malu betul nak ajak orang datang rumah, semua mata tertumpu dengan hasil seni anak. hu..hu..

Antara hasil seni anak-anak

Nak ikut masa memang tak cukup, kerja rumah yang berulang-ulang melayan perangai anak-anak, mengasuh dan menguruskan anak-anak lagi. Paksa juga la diri untuk mengait bunga ros ni, barulah cantik rumah. Buat sikit-sikit lama jadi bukit. Dah nampak hasil barulah mood datang mengunung tinggi untuk mengait perhiasan lain. Hobi mengait ini, memang la mengajar erti kesabaran, kalau tak sabar memang tak de hasil la gamaknya.



Hari ini tak nak cerita tentang bunga ros, saya ceritakan tentang pasunya ya. Pasunya saya kitar semula daripada botol minuman kaca, yang telah ditanggalkan labelnya. Rendam botol kaca dalam air sederhana panas, mudah sahaja nak tanggalkan labelnya. 



Keringkan, kemudian lilitkan warna benang mengikut kreativiti anda. Prosesnya nampak mudah, tapi rumit sebenarnya. Sewaktu melilitkan dengan gam pistol atau gam yang berwarna putih, perlu lilit secara perlahan-lahan, lilitan benang perlulah rapat dan tidak terlalu jarak. Apa-apa pun, tutup mata sahaja jika kita buat tak kemas buat permulaan. Buat lagi, sampai betul-betul kemas ya. Bak kata pepatah english, "Practice makes perfect" . 






Iklan: 

Bagi yang mahu belajar Kelas Asas Blog secara Offline, Pihak ABDR mengadakan Kelas Offline di Shah Alam. 


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof








Ulasan