Cara memegang jarum kait
Teks: Dalila Yusof
Mula-mula kita kenal dulu setiap bahagian jarum kait.
Credit http://www.crochetguru.com/hold-a-crochet-hook.html |
Cara memegang jarum
kait.
Ada dua cara untuk memegang jarum kait. Kita perlu
bereksperimentasi untuk mencari cara pegang jarum yang mana memberi keselesaan
pada kita untuk mengait. Sewaktu kita
mengait ini, kita perlukan keselesaan dan juga mood yang sangat baik.
Setiap
hasil kaitan, adalah menggambarkan emosi setiap pengait, adakah selesa sewaktu
mengait, seronok, gembira, yakin atau kita rasa tak selesa, sedih. Kalau kita
yakin hasil kait kita cantik, maka cantik lah hasil kait tu, kalau kita tak
yakin memang akan jadi tak berapa cantik.
Sebab itulah, kita katakan barangan handmade ini dibuat dengan kasih
sayang. Kerana untuk menghasilkan sesuatu cantik dan menarik memerlukan
kesabaran dan kasih sayang dalam proses penghasillannya.
- Memegang seperti memegang pisau
1.
Tangan kita akan memegang jarum kait. Bahagian pemegang jarum kait akan berada pada tapak tangan dan ibu jari serta jari tengah akan memegang bahagian thumb rest. Jari telunjuk akan berada pada shaft.
- Memegang seperti memegang pensil
Posisi kedua, kita memegang jarum kait seolah-olah kita memegang pensil. Ibu jari dan jari telunjuk berada pada thumb rest, dan jari telunjuk berada pada hampir pada throat jarum kait.
Jarum kait mestilah berada menyerong sedikit ke arah kita, bukan ke bawah atau ke atas. Sewaktu awal mengait, normal jika memegang terlalu ketat. Hasil kaitan pun agak ketat, dan sukar untuk dikait. Tapi, apabila kita dah biasa mengait, kita akan rasa selesa, dan tangan akan jadi lebih relaks. Lama-lama hasil kait akan jadi lebih kemas dan cantik.
Kelas Asas blog secara offline di Shah Alam Jun ini.
Rujukan :
http://www.crochetguru.com/hold-a-crochet-hook.html
Rujukan :
http://www.crochetguru.com/hold-a-crochet-hook.html
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama