Pelbagai projek sepanjang ramadhan.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Alhamdullilah, kesihatan semakin pulih. Memang musim demam rasanya, rata-rata yang ditemui mengeluh jatuh sakit, demam dan tak kurang juga sakit perut. Yela, sebulan berpuasa, tiba-tiba raya pertama dah belasah macam-macam, terkejut beruk la cik perut. Ketupat, lemang, rendang, kuih raya, yang paling teruk minuman bergas, huih, memang cari nahasla gamaknya. ha..ha. Apa lagi cik perut terus hantar signal sakit, tanda suruh berhenti belasah makan macam orang kebulur, tak pernah jumpa makanan. Itu cerita masa raya, sekarang ni nak cerita tentang apa saya buat menyepi diri sepanjang ramadhan hari tu.
Hari ini saya nak kongsikan projek-projek yang saya buat sepanjang ramadhan yang lepas. Walaupun sedikit sahaja dapat buat, cukup untuk membuatkan saya dan kakak berpeluh melakukannya. Terima kasih bagi pihak yang menempah, lain kali tempah lagi ya.
Tahun ini tempahan hamper bertambah berbanding dahulu sebanyak 14 buah hamper , berbanding hampaer untuk raya sebanyak 20 buah hamper. Hamper ini untuk diagih-agihkan sempena syawal kepada doktor-doktor melayu di sebuah hospital swasta.
Jambangan bunga pula dibuat khas untuk mak di kampung, mak tak pandai meluahkan kata-kata. Tapi yang pasti mak suka, sebab mak senyum meleret-leret apabila dapat jambangan bunga tersebut.
Kopiah kait pula ditempah oleh pelanggan online, dan kawan suami. Paling susah sebenarnya, buat untuk kait kopiah bayi sewaktu pantang. Biasanya anggaran untuk mengait 2 helai kopiah dalam masa 2 minggu. Bayi sewaktu pantang sangat cepat membesar 2 hingga 3 kali ganda daripada berat sewaktu lahir.
Sambil-sambil mengait risau, kopiah ini tak muat jadi google anggaran berat biasanya bayi sebulan biasanya boleh mencecah, 3.5-4 kg. bayi dalam pantang memang sangat cepat membesar, sebab waktu ini, bayi hanya tahu makan, tidur, makan tidur berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas yang sudah mula lasak. Sangat risau sebab pelanggan suka bagi ukuran saiz 14 inci. Jadi saya besarkan kepada 15 inci mengikut rujukan bevcountrycottage ini.
NECK TO FEET: 17" 43 cm
WRIST TO WRIST: 16" 41 cm
CIRCUMF. OF NECK: 7.5"
CHEST: 14 1/2" 37 cm
HEAD: 14 1/2" 37 cm
FEET: 3 1/4" - 3 3/4" 8-10 cm
Jika berminat hubungi saya:
Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480
atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof
Label: Produk raya 2015
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama