Isnin, 27 Februari 2017

Istilah FO dalam kait jarum satu.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Finished object, FO project

FO bermaksud hasil kaitan yang lengkap dikait kecuali jika dalam sesuatu paten maksudnya adalah finish off.

FO: Kopiah kait anyaman bakul (Basketweave kuffi hat) 


Jarum: 6 mm

Benang: Milk cotton, 100gm (hadiah drpd Norlena Crochetcun)

Ilham paten: Monk Wolle & Beanies 


Label:

Selasa, 21 Februari 2017

Macamana adik masuk dalam perut ibu.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Pada suatu malam, mata ibu sudah makin layu. Tapi, si kanak-kanak riang masih belum mampu memejamkan mata. Otak mereka ligat, berpusing mencari idea mahu berbual dengan ibu.

"Macamana adik masuk dalam perut ibu? " tanya Kina kehairanan.

" Allah bagi rezeki. " pening juga nak bagi faham, takkan nak cerita pasal pensenyawaan dan kahwin.

" Sebab ibu married baba ke dapat Aina? " Aisyah masih bertanya tak puas hati.

"Sudah-sudah pergi tidur. " mata ibu sudahla kuyu, ditambah dengan pertanyaan ala-ala KBAT. Tak tau dah nak jawab apa.




Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya





ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem

Label:

Isnin, 20 Februari 2017

Lambatla ibu ni.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...



" Lambatlah ibu ni. " rungut Kina.

Ibu leka buat kerja, dengan penuh keyakinan di dada. Kina cuba jahit sendiri. Jarum ditusuk depan dan belakang. Mungkin berdasarkan pemerhatian ibu membuat kerja. Hasilnya, lagi lambat kerja ibu. Jahitan melekatkan zip, suka hati sahaja menjahit. Mungkin ingat ibu main tusuk jarum dah siap.

" Siapa suruh Kina jahit, ibu kena buka balik tau. " 

Kina mencebik kesedihan



Label:

Istilah UFO dalam Kait Jarum Satu .

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan selamat petang, semalam membaca istilah kait yang pelik-pelik. Tertarik dengan satu istilah kait iaitu UFO. 


Tahu apa itu UFO? . Ish, bukan yang Undentified Flying Object yang berkaitan alien tu. Tapi, ini pasal projek kait UFO. Berdasarkan tulisan blogger kait, juststitched menerangkan bahawa


"UFO - Unfinished Object(s). Works in progress you haven’t finished, or aren’t planning to finished. If your UFO sits long enough, you may consider it stash in pre-crocheted form!"


Saya simpulkan di sini, sebarang projek kait yang buat tak lengkap dan ditinggalkan begitu sahaja. Atau mungkin kita lupa letak kat mana-mana, jadilah UFO. Atau, kita ni jenis tamak nak buat banyak projek kait dalam satu masa, akhirnya jadilah projek yang sebelum tu, projek UFO. 


Sebenarnya waktu mula-mula kita belajar mengait mestinya banyak projek UFO kita kumpul. Yelah, tak sabar nak belajar, konon dah pakar asas kait. Kita nak buat macam-macam rupanya silap. Walaupun, menggunakan asas kait, contoh macam kaitan kopiah. Rupanya paling mencabar nak dapatkan diameter kopiah yang tepat. Biasanya kalau kita kait kopiah dwi warna, diameter kopiah kait memang agak besar. boleh nangis Tapi muat sahaja kalau si pemakai nak pakai. Kita belajar perlahan-lahan ya, jangan tamak macam saya semua nak buat. Berkumpullah UFO projek dalam lemari. 

Ataupun, paten yang kita beria nak buat tu, punyalah susah nak faham. Lagi pula dengan anak masih kecil, yang si kecil menangis nak perhatian, yang si kakak-kakak bergaduh, menangis berebut barang. Akhirnya putus asa jadilah UFO projek tu. Yelah, dah susah kita campak jelah kat mana-mana sebab dah sedih sangat menangis dalam bilik air. 

Sering kali , saya perasan ramai tukang kait tak faham dengan istilah WIP.  Ada yang menganggap jika projek tak siap atau tergendala nak buat dekat sebulan dua itu masih dipanggil WIP. Tapi, sayangnya memang tak siap pun projek tu jadilah UFO. WIP adalah work in progress, manakala UFO adalah unfinished object. Jadi selepas perkongsian ini, harap kita tak tertukar istilah pula ya. 


Salah satu contoh projek UFO saya, sebenarnya adalah banyak. Malula pula nak tunjuk, itulah tamak lagi. 





Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya







ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem

Label:

Jumaat, 17 Februari 2017

Pelanggan yang kurang sabar

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim....


" Ibu, cepatlah siapkan pencil case Kina dah nak petang ni. "

Berkali-kali dipaksanya ibu, macam nilah gayanya kalau nak suruh kita kait barang yang dipinta. 
Itu belum Aisyah pula paksa.

Pening ibu, itu nak buat ini nak buat. Lama-lama pengsan, jadi ibu ini bukan mudahkan. Tapi demi anak-anak kita akan kuat, dan belajar juga buat sampai siap. 






Label:

Rabu, 15 Februari 2017

Kelam kabut

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Kelamkabut
Awal-awal memang semuanya lintang pukang. Penatnya memang la penat, semua kerja tak kemas tak bagus, orang kutuk itu ini. Tapi bezanya orang berjaya dalam hidup bukan kerana keajaiban atau banyak pertolongan. Orang berjaya ini telinga mereka tebal dengan cacian dan makian orang sekeliling. 

Hanya yang degil akan berjaya, degil nak berusaha sampai berjaya dan buat muka tak tahu malu. 
Lama lama nanti kita akan perasan, kerja kita makin bagus. Pengalaman akan membuatkan kita makin bagus.

" Kita hanya akan dapat kegembiraan selepas berjaya. 
Proses pembelajaran daripada kegagalan demi kegagalan sebelum berjaya memberikan kita pengalaman.  "


Label:

Khamis, 9 Februari 2017

Latihan Fokus

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Mengait boleh melatih fokus, tak semestinya 1 jam. Buat permulaan 15 minit dapat fokus itu sudah satu kejayaan.
Almaklumlah, wanita ni suka multitasking. Tengah buat satu kerja terfikir kerja lain tak siap. Boleh serabut otak, nak fokus paling susah. Cara saya, saya selalu menyanyi lagu atau berzikir, baru dapat fokus. 

Cara tukang kait yang lain pula macamana? 


Label:

Selasa, 7 Februari 2017

Projek telekung

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, projek telekung dah siap...godek sana godek sini. Jadi gak telekung walaupun senget benget. Sebulan lebih gak nak siapkan.
Kain 10 meter untuk 3 orang anak dara punya telekung. Tapi seorang punya kain tak cukup, yang lain tambah dengan kain perca. Kos kain dan reben hampir RM50 tak termasuk elektrik, kos makan tukang jahit, kos air mata tukang jahit dan kos internet serta kos upah. Kalau buat sendiri memanglah murah walaupun senget benget jugala telekung ni..hu2


Label: