Istilah UFO dalam Kait Jarum Satu .

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan selamat petang, semalam membaca istilah kait yang pelik-pelik. Tertarik dengan satu istilah kait iaitu UFO. 


Tahu apa itu UFO? . Ish, bukan yang Undentified Flying Object yang berkaitan alien tu. Tapi, ini pasal projek kait UFO. Berdasarkan tulisan blogger kait, juststitched menerangkan bahawa


"UFO - Unfinished Object(s). Works in progress you haven’t finished, or aren’t planning to finished. If your UFO sits long enough, you may consider it stash in pre-crocheted form!"


Saya simpulkan di sini, sebarang projek kait yang buat tak lengkap dan ditinggalkan begitu sahaja. Atau mungkin kita lupa letak kat mana-mana, jadilah UFO. Atau, kita ni jenis tamak nak buat banyak projek kait dalam satu masa, akhirnya jadilah projek yang sebelum tu, projek UFO. 


Sebenarnya waktu mula-mula kita belajar mengait mestinya banyak projek UFO kita kumpul. Yelah, tak sabar nak belajar, konon dah pakar asas kait. Kita nak buat macam-macam rupanya silap. Walaupun, menggunakan asas kait, contoh macam kaitan kopiah. Rupanya paling mencabar nak dapatkan diameter kopiah yang tepat. Biasanya kalau kita kait kopiah dwi warna, diameter kopiah kait memang agak besar. boleh nangis Tapi muat sahaja kalau si pemakai nak pakai. Kita belajar perlahan-lahan ya, jangan tamak macam saya semua nak buat. Berkumpullah UFO projek dalam lemari. 

Ataupun, paten yang kita beria nak buat tu, punyalah susah nak faham. Lagi pula dengan anak masih kecil, yang si kecil menangis nak perhatian, yang si kakak-kakak bergaduh, menangis berebut barang. Akhirnya putus asa jadilah UFO projek tu. Yelah, dah susah kita campak jelah kat mana-mana sebab dah sedih sangat menangis dalam bilik air. 

Sering kali , saya perasan ramai tukang kait tak faham dengan istilah WIP.  Ada yang menganggap jika projek tak siap atau tergendala nak buat dekat sebulan dua itu masih dipanggil WIP. Tapi, sayangnya memang tak siap pun projek tu jadilah UFO. WIP adalah work in progress, manakala UFO adalah unfinished object. Jadi selepas perkongsian ini, harap kita tak tertukar istilah pula ya. 


Salah satu contoh projek UFO saya, sebenarnya adalah banyak. Malula pula nak tunjuk, itulah tamak lagi. 





Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya







ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem

Ulasan