Cabaran mengait kopiah

Teks: Dalila Yusof

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman mengait kopiah hampir sebulan. Sepanjang proses pembuatan, memang agak tertekan dan menangis kerana kerumitan membuat kopiah tapi apabila sudah siap terasa lega yang amat sangat. Memang padanlah harganya mahal dengan kerumitan membuatnya.


  • Kurang semangat

Kopiah ni, memang agak sukar berbanding topi, mungkin salah sebab utama saya tiada anak lelaki jadi tak seghairah mengait topi perempuan. Saya mempunyai 4 orang anak perempuan, saya rasa kait topi perempuan lebih mudah dan banyak idea. Mengait topi dihiasi  bunga-bunga besar yang saya kait sendiri memang menaikkan semangat.  Lagipun model depan mata, jadi lagi mudah memberi semangat apabila melihat anak bergaya dengan topi baru.



  • Rumit

 Selain itu, kaitan kopiah agak rumit berbanding topi kerana menggunakan dua benang berlainan warna serentak. Silap sedikit memang nampak salahnya, silap kait satu huruf memang haru nak lerai benang kait. Ada dua teknik yang perlu dimahirkan semasa mengait kopiah teknik tukar warna benang dan teknik sorok benang (kaitan tapestri). Sudah pakar kita boleh buat pelbagai corak menarik di kopiah. Bagi yang sudah pakar juga bolehlah cuba kait kopiah 3 warna.







Hasil susah payah mengait kopiah dapatlah saya kait 2 keping kopiah tapi berlainan saiz jarum untuk mendapatkan ukurlilit yang tepat. Bagi yang bersaiz 20 inci tertera nama Naqib, saya guna jarum saiz 1.75 mm. Yang bersaiz 17 " saya guna jarum bersaiz 2 mm. Memang agak pening bab diameter kopiah sudahnya saya cuba berlainan saiz jarum baru dapat ukuran yang tepat. Ada banyak projek kait dan jahit menanti akan saya kongsikan dengan anda nanti ya. 

Ulasan

Catat Ulasan